UMW memperkenalkan pembiayaan Lexus Next Step – Lexus UX serendah RM 1,938/bulan!

Faisal · Jan 13, 2021 07:00 PM

UMW Toyota Motor hari ini memperkenalkan "Lexus Next Step" untuk anda yang berminat dengan Lexus UX.

Dihasilkan oleh Lexus Capital Services, Lexus Next Step memberikan kemudahan pembiayaan yang lebih fleksibel terhadap pelanggan yang ingin memiliki Lexus UX.

Anda kini boleh membawa pulang Lexus UX varian Urban dengan hanya serendah RM 1,938/bulan.

Untuk anda yang berminat, pembiayaan Lexus Next Step juga merangkumi varian Luxury dan F Sport. Harga yang termaktub adalah tanpa insurans dan termasuk pengecualian separuh daripada cukai SST yang sah sehingga 30 Jun 2021.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, layari www.lexus.com.my.

Komen

Berita Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru