window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021!

Zamil Syaheer · Feb 16, 2021 07:00 PM

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 01

UMW Toyota bakal memperkenalkan Toyota Camry 2021 ‘facelift’ dan satu model misteri yang diberi sentuhan Gazoo Racing (GR) di Malaysia pada suku ke-4 tahun ini, selepas pelancaran Toyota Corolla Cross 2021.

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 02

Maklumat ini kami perolehi daripada pembentangan korporat tahun 2021 oleh UMW Holdings Berhad. Anda boleh lihat beberapa model baru yang bakal dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini, lebih spesifik lagi pada bulan Oktober dan Disember.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 01

Salah satu daripadanya yang anda boleh lihat dengan jelas adalah Toyota Corolla Cross yang bakal dilancarkan pada suku ke-2 pada tahun ini, diantara bulan April ke Jun.

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 02

Walaupun model ini tidak ada pada slaid, kami yakin Toyota Harrier 2021 juga bakal dilancarkan disini pada tahun 2021.

Apakah antara model yang akan dilancarkan?

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 03

Baru-baru ini, Toyota Camry telah menerima kemas kini di Jepun dengan rupa yang lebih garang dan sistem bantuan pemandu ADAS Toyota Safety Sense (TSS) yang dinaik taraf, serta sistem infotainment dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 04

Kemudian kita ada Toyota Corolla Cross yang menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA). SUV yang sedang hangat di pasaran serantau ini bakal bersaing dengan Honda HR-V, Proton X50, dan Proton X70 dengan harga permulaan sekitar RM 120k.

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 05

Seterusnya kita ada Toyota Harrier, SUV mewah terkenal yang baru sahaja dilancarkan di Singapura. Model serba baru ini bakal diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU).

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 06

Subaru BRZ serba baru. Setakat ini, ada gambar bampar depan GR86 sahaja.

Kami ada sebut model GR baru, tetapi apakah sebenarnya ia? Mungkin ada yang rasa ia adalah Toyota GR86 (kembar kepada Subaru BRZ di Amerika), tetapi kami berasa sangsi kerana kereta ini masih belum membuat debut globalnya di Jepun.

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 07

Toyota Vios GR Sport. Berbaloi bayar RM 95k?

Adakah ini bermakna ia adalah varian baru Toyota Yaris yang sama seperti Toyota Vios GR Sport?

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021! 08

Ataupun adakah ini Toyota Corolla Altis GR Sport, model yang sudahpun dijual di Thailand? Apa-apapun, kita tunggu dan lihat!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda