window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMW Toyota Malaysia meriahkan Aidilfitri dengan filem pendek dan duit raya jika pandu uji Toyota!

Haris · Apr 26, 2022 04:28 PM

UMW Toyota Malaysia meriahkan Aidilfitri dengan filem pendek dan duit raya jika pandu uji Toyota!

UMW Toyota Motor baru-baru ini telah melancarkan kempen Ramadan Raya mereka dengan tema ‘Bersama Lebih Bermakna’. Bagi meneruskan sambutan di seluruh negara, Toyota juga baru melancarkan filem Pendek Aidilfitri bertajuk ‘Kota Raya’. Diilhamkan daripada hubungan kekeluargaan, ‘Kota Raya’ memaparkan suka duka yang dihadapi golongan milenial di kota. Selepas dua tahun tidak dapat meraikan lebaran bersama keluarga pastinya menimbulkan rasa kerinduan.

Kali ini ramai yang tidak sabar-sabar meluangkan masa untuk beraya bersama-sama . Filem pendek ini dibintangi oleh Aedy Ashraf sebagai Aidil, manakala Amerul Affendi pula memainkan watak Fitri.

Turut menampilkan cameo Duta Toyota Gazoo Racing dan Toyota Yaris, Janna Nick sebagai Aqilah. ‘Kota Raya’ boleh ditonton mulai Selasa, 26 April menerusi YouTube dan platform media sosial lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

UMW Toyota Malaysia meriahkan Aidilfitri dengan filem pendek dan duit raya jika pandu uji Toyota! 01

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini pasti lebih ceria kerana semua orang berpeluang untuk pulang berhari raya di kampung. Kami di Toyota mengalu-alukan kedatangan pelanggan kami ke semua pusat servis kami untuk menyenggarakan kereta mereka sebelum pulang ke kampung halaman.

"Perayaan kali ini semestinya disambut bersama keluarga, setelah pulang beraya di kampung tidak dibenarkan dalam tempoh dua tahun lepas. Sudah tentu seronok untuk melihat semua orang kembali beraya bersama keluarga,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K.

Sempena sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’, semua peminat Toyota dijemput menyertai peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’ yang boleh disertai dari sekarang hingga 1 Mei 2022. Setiap pandu uji yang dilakukan membolehkan pemandu mengambil bahagian dalam peraduan dan memenangi ‘duit raya’ bernilai RM100, manakala pandu uji yang disusuli oleh tempahan yang berjaya akan melayakkan pemilik Toyota peluang menerima duit raya RM200.

UMW Toyota Malaysia meriahkan Aidilfitri dengan filem pendek dan duit raya jika pandu uji Toyota! 02

Sejumlah 30 pemenang akan dipilih setiap minggu. Demi membawakan sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’ lebih dekat dengan pelanggan, UMW Toyota Motor telah menganjurkan acara Hujung Minggu Ramadan di semua pusat pameran dan jualan baru-baru ini.

Lebih daripada 4,000 pelanggan Toyota menikmati tawaran hebat di samping pelbagai ganjaran nilai tambah lain di bilik-bilik pameran Toyota di seluruh negara. Suasana perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang sudah pasti dirasai oleh ramai pelanggan, sebagai salah satu daripada aktiviti yang boleh kita nikmati bersama selepas sabar mengharungi pandemik.

Untuk menonton ‘Kota Raya’ dan maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’, saksikan Toyota Raya 2022: Kota Raya #BersamaLebihBermakna dan layari laman web Toyota.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda