![UMW Toyota serah Toyota Mirai kepada k'jaan Sarawak, satu-satunya armada kenderaan berkuasa hidrogen di Malaysia! 01]()
UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini menyerahkan satu unit kereta Toyota Mirai kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan empat unit untuk kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia merupakan salah satu peluang untuk negeri ini mempromosikan kegunaan tenaga hijau seperti hidrogen.
![UMW Toyota serah Toyota Mirai kepada k'jaan Sarawak, satu-satunya armada kenderaan berkuasa hidrogen di Malaysia! 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Katanya, tenaga hidrogen di negeri ini sedang dalam proses peralihan dan Sarawak kini telah mempunyai beberapa kenderaan termasuk bas yang menggunakan tenaga hidrogen.
Ujarnya, ia secara langsung membuktikan bahawa Sarawak semakin ke hadapan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kereta Toyota Mirai kepada Premier Sarawak di Menara Pelita, Kuching hari ini.
![UMW Toyota serah Toyota Mirai kepada k'jaan Sarawak, satu-satunya armada kenderaan berkuasa hidrogen di Malaysia! 01]()
Menurut UMW Toyota Motor dalam satu kenyataan media, berikutan penyerahan Mirai kepada SEDC Energy, kedua-dua pihak bersedia memanfaatkan peluang untuk terus mengkaji potensi teknologinya sebagai batu loncatan untuk membangunkan ekonomi rendah karbon dengan sistem sel bahan api baharu yang mengutamakan saiz, kecekapan dan produktiviti padat dalam menyokong keperluan mobiliti masyarakat.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain, Pengerusi UMW Holdings Berhad Tan Sri Dato Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Ahli Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii. Sumber - Bilik Berita CATS, DayakDaily
Baca: Hasil kerja mantap, juruteknik tempatan dipuji selenggara bas hidrogen Sarawak Metro dengan baik
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen