window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin!

Faisal · Feb 3, 2022 10:00 AM

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 01

  • Toyota Veloz 2022 akan ganti Avanza di Malaysia
  • Akan dipasang lokal (CKD) sekali dengan Perodua Alza 2022
  • Pengganti Avanza (Veloz) akan berbeza dengan Perodua Alza 2022 D27A, bukan seperti Rush-Aruz

Toyota Avanza nampaknya akan kekal walaupun tanggapan yang diberi oleh pemasang kontrak UMW Toyota Motors (UMWT), Perodua dalam sidang media baru-baru ini dilakukan dengan sebab yang baik untuk melindungi rahsia UMWT.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 02

Dalam sidang media Perodua berkenaan pandangan 2022 yang diadakan pada minggu lalu, syarikat itu berkata bahawa perancangan perniagaan pemasangan kontrak untuk 2022 mereka hanya sebanyak 2,000 unit sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Angka ini cukup rendah dan hanya dapat merangkumi Toyota Rush sahaja (kembar Perodua Aruz). Perkara ini secara tidak langsungnya membuatkan para media merumuskan bahawa Toyota Avanza 2022 untuk pasaran Malaysia akan dihentikan.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 01

Toyota Avanza 2022.

Untuk makluman anda, pemasangan kontrak bermaksud sesebuah pengeluar itu memasang produk syarikat lain sekali dengan logo kereta tersebut. Senang cerita, kedua-dua syarikat mengurangkan kos dengan berkongsi pemasangan tetapi akan bersaing dalam pemasaran, selalunya menyasarkan pembeli yang berbeza.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 02

Kiranya, Toyota Avanza 2022, yang kini berpacuan roda hadapan, akan menjadi kembar kepada Perodua Alza 2022 (kod nama D27A).

Juga bacaPerodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini?

Apabila diajukan berkenaan masa depan Toyota Avanza di Malaysia, jurucakap UMW Toyota Motor tidak dapat memberikan komen lanjut tetapi pelanggan dijanjikan bahawa MPV mampu milik akan kekal dalam barisan produk UMW Toyota Motor bagi tahun 2022 dan akan datang.

Dalam erti kata lain, syarikat itu akan melancarkan pengganti Toyota Avanza di Malaysia tidak lama lagi. Cumanya, masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan kekal dipanggil Avanza atau tidak.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 03

Toyota Avanza generasi ketiga nanti akan kembali dipasang lokal (CKD) oleh Perodua, sama seperti generasi pertama dahulu.

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Avanza yang ada di Malaysia selama ini diimport (CBU) dari Indonesia. Toyota Avanza 2022 (atau Veloz) pula akan dipasang sekali dengan Perodua Alza 2022 (D27A) di Perodua Manufacturing Sdn. Bhd di Rawang. Lagipun, kilang ini telah dinaik taraf untuk memasang model yang menggunakan platform DNGA.

Perubahan pemasangan yang dibuat ini agak masuk akal kerana Toyota Avanza 2022 dan Perodua Alza generasi baharu sememangnya akan berkongsi pelbagai komponen mekanikal.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 04

Daihatsu Xenia adalah teras kepada Avanza / Veloz / Perodua Alza.

Juga bacaPerodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS!

Sumber yang boleh dipercayai juga sempat menambah bahawa Toyota Avanza 2022 akan berbeza dengan Perodua Alza D27A, termasuklah dari segi rupa paras. Secara tidak langsungnya, perkara ini merujuk kepada varian Veloz yang mana ia varian yang lebih sporty.

Kiranya, tidak mustahil seandainya nama Avanza digugurkan dan diganti dengan Veloz.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 05

Kiri: Toyota Veloz, Kanan: Toyota Avanza.

Di Indonesia, penawaran Toyota Avanza hadir dengan Toyota Veloz dan Daihatsu Xenia. Perkara ini diibarat sama seperti Toyota Alphard dan Vellfire ataupun Toyota Voxy dan Noah.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 06

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 07

Di antara ketiga-tiga trio tersebut, Toyota Veloz adalah paling mahal dan ia sememangnya kena dengan sasaran pelanggan UMW Toyota yang lebih ‘atas’.

Jadi, kenapa Perodua tidak masukkan pelan produksi untuk Toyota Avanza / Veloz?

Perkara ini mungkin disebabkan oleh rasa hormat terhadap rakan niaga dan mereka tidak boleh mengumumkan masa depan Avanza bagi pihak Toyota. Malah, sedikit petunjuk juga tidak boleh diberi.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 08

Sudut Avanza / Veloz yang paling cun. Dari segi gaya, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander lebih rupawan.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 09

Tetapi kabin dia lain cerita. Memang jauh mendahului saingan.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 10

Toyota Avanza 2022 (Veloz) di Malaysia – apa yang istimewa?

Toyota Avanza generasi baharu ini sememangnya lain darpada yang kita kenal selama ini.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 11

Sama seperti Honda BR-V 2022 dan Perodua Alza D27A, Toyota Veloz juga akan mengisi kekosongan saingan MPV segmen B di Malaysia yang selama ini diterajui dengan selesanya oleh Mitsubishi Xpander.

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 12

Di Indonesia, Toyota Veloz varian teratas, Q CVT TSS hadir dengan pelbagai ciri yang merangkumi:

  • Electric parking brake (Corolla Cross apa cerita?)
  • Lampu LED belakang ala melintang seperti Harrier
  • Transmisi CVT (Mitsubishi Xpander apa cerita?)
  • 6 beg udara
  • ADAS tahap pertengahan seperti AEB (Pre-Collision System), Front Departure Alert, Lane Departure Alert, blind spot monitor, rear cross traffic alert
  • Kamera 360-darjah
  • Kluster instrumen digital 7 inci (sama seperti Perodua Ativa)
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Penyaman udara automatik
  • Panel pintu dan perehat tangan jenis lembut
  • Roda stereng berlarasan atas bawah dan teleskopik (Toyota Vios & Yaris apa cerita?)

UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin! 13

Secara amnya, harga Toyota Veloz akan lebih tinggi berbanding Alza D27A tetapi ia tidak akan lari jauh dari julat RM 77,963 – RM 84,848 yang UMW Toyota tawarkan selama ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda