window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia?

Khairil ยท Jun 21, 2021 09:00 AM

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 01

Jika melihat reka bentuk skuter Yamaha Vinoora 125M 2021 yang dikhabarkan tiba di pasaran Vietnam, baru-baru ini, ia sememangnya unik namun tidak salah untuk menggambarkannya sebagai 'lucu'.

Juga baca: Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu!

Sambil mengetengahkan gaya retro sebagai tema utama, namun apa yang menarik adalah rekaan di bahagian depannya kerana ia jelas menyerupai karektor kartun popular, Minion menerusi dua lampu depannya yang bulat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 01

Selain versi teratas, Yamaha Vinoora 125M 2021, versi standard turut dijangka akan tiba, memetik laporan laman web automotif terkemuka di negara berkenaan.

Juga baca: Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam!

Berbalik kepada Yamaha Vinoora 125M 2021, disebalik reka bentuknya yang sedikit pelik, ia turut dilengkapkan dengan perkakasan moden dengan kualitinya juga didakwa turut meningkat.

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 02

Antaranya ialah paparan kluster meter digital penuh, port pengecas USB dan Sistem Smart Start.

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 03

Dari sudut trenkuasa pula, Yamaha Vinoora 125M 2021 menggunakan enjin bersesaran 125 cc BlueCore, 1 Silinder, Penyejuk Udara. Kuasa yang dihasilkan adalah sekitar 8 Hp dan tork 9.7 Nm. Kecekapan penggunaan bahan api adalah pada angka 57.7 k per liter.

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 04

Dari sudut keselamatan, Yamaha Vinoora 125M 2021 dilengkapkan dengan brek cakera tunggal di bahagian depan dan brek dram di bahagian roda belakang namun ia tidak dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 05

Sistem suspensi pula menggunakan fork teleskopik dan absorber tunggal di bahagian belakang.

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 06

Spesifikasi lain adalah penggunaan rim aloi bersaiz 10 inci, tempat letak barang bawah pelana bersaiz 4 liter, ketinggian tempat duduk 745 mm dan berat 94 Kg.

Juga baca: Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul?

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 07

Di pasaran Vietnam, motosikal ini adalah unit import sepenuhnya dengan harganya dijangka pada VDN 61.5 juta (RM 11,062) untuk Yamaha Vinoora 125 standard dan VDN 64 juta (RM 11,511) untuk Yamaha Vinoora 125M.

Unik sungguh Yamaha Vinoora 125 2021 ni, boleh 'pergi' ke di pasaran Malaysia? 08

Tidak diketahui sama ada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) berminat untuk membawanya di Malaysia namun jika dijual, rasa-rasanya ada harapan tak untuk berjaya atau berpotensi untuk gagal teruk?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda