window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

US Defense akan bekal trak mobiliti ketenteraan percuma untuk Malaysia, harga RM 820k seunit!

Haris · Oct 6, 2021 04:00 PM

US Defense akan bekal trak mobiliti ketenteraan percuma untuk Malaysia, harga RM 820k seunit! 01

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dilaporkan akan membekalkan 3 jenis trak “Heavy Expanded Mobility Tactical Trucks” (HEMTT) dan peralatan pengangkutan berat (Heavy Equipment Transporters  – HET)  kepada tiga buah negara iaitu Lubnan, Iraq dan Malaysia.

Menurut laporan Security Defense Asia, Program Foreign Military Sales (FMS) yang dianjurkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bakal memperlihatkan pemberian HEMTT daripada jenis-jenis  M1120A4, M977A4 dan M978A4 serta  M1070A1 HET.

US Defense akan bekal trak mobiliti ketenteraan percuma untuk Malaysia, harga RM 820k seunit! 02

HEMTT yang dibangunkan Oshkosh

Kontrak FMS telah dimenangi oleh sebuah syarikat pertahanan dari Amerika Syarikat, Oshkosh Defense bernilai US$16.7 juta (RM68.47 juta). Selain itu, Oshkosh Defense merupakan pembida tunggal bagi kontrak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenderaan HEMTT jenis M1120A4 mempunyai kemampuan untuk mengangkut barangan seberat 11 tan, manakala kenderaan HEMTT daripada jenis M977A4 pula mempunyai kemampuan untuk mengangkut barangan seberat 10 tan.

Baca: Senyap itu penting, Kia jelaskan kelebihan FCEV hidrogen untuk kenderaan ketenteraan Kia!

US Defense akan bekal trak mobiliti ketenteraan percuma untuk Malaysia, harga RM 820k seunit! 01

Selain itu, kenderaan HEMTT jenis M978A4 pula berkemampuan mengangkut bahan api sebanyak 2,500 gelen dan kenderaan HEMTT jenis M1070A1 pula adalah tank transporter yang mampu mengangkut barangan seperti kereta kebal utama seberat 75 tan.

Menurut majalah pertahanan Amerika Syarikat, Defense News, kontrak itu melibatkan keseluruhannya kira-kira 80 buah kenderaan berat itu dihantar kepada tiga negara terbabit, dengan setiap satu kenderaan itu dianggarkan bernilai US$200,000 (RM820,000).

US Defense akan bekal trak mobiliti ketenteraan percuma untuk Malaysia, harga RM 820k seunit! 02

Fleksibiliti HEMTT dengan multi fungsi menjadi kebanggan Amerika

Setakat ini, hanya bilangan kenderaan untuk Lubnan sahaja yang diketahui, iaitu sebanyak 23 buah. Manakala untuk negara Iraq dan Malaysia pula, jumlah yang akan diberikan masih belum diketahui.

Kenderaan HEMTT tampil dengan 4 varian iaitu termasuk kargo, tanker dan traktor. Secara amnya, ia merupakan kenderaan berat lapan tayar dengan trak taktikal yang bertugas untuk menyediakan pengangkutan untuk kenderaan berat serta sistem persenjataan bagi angkatan tentera.

US Defense akan bekal trak mobiliti ketenteraan percuma untuk Malaysia, harga RM 820k seunit! 03

Heavy Expanded Mobility Tactical Truck (HEMTT) daripada Oshkosh adalah trak taktikal diesel 8 x 8 yang digunakan oleh Tentera Darat AS. Digelar Dragon Wagon, HEMTT pertama kali berkhidmat dengan Angkatan Darat AS pada tahun 1985, menggantikan trak M520 Goer.

Baca: Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda