window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Usah hairan dengan ‘speed limit’ Volvo pada 180 km/j, banyak lagi kereta akan ikut!

Faisal · May 14, 2021 04:00 PM

Usah hairan dengan ‘speed limit’ Volvo pada 180 km/j, banyak lagi kereta akan ikut! 01

Nampaknya bukan Volvo sahaja yang mengehadkan kelajuan kenderaannya pada 180 km/j. Volkswagen juga sudah mula perkenalkan had kelajuan 180 km/j pada model baru seperti VW ID.4 GTX yang mana ia mempunyai 303 PS.

Usah hairan dengan ‘speed limit’ Volvo pada 180 km/j, banyak lagi kereta akan ikut! 02

Ada 303 PS tapi boleh cecah 180 km/j sahaja?

Selain itu, barisan kereta elektrik Mercedes-Benz juga turut menerapkan unsur yang sama. Contohnya seperti:

  • EQA: Had kelajuan 160 km/j (292 PS)
  • EQC: Had kelajuan 180 km/j (408 PS)
  • EQS: Had kelajuan 210 km/j (523 PS)

Usah hairan dengan ‘speed limit’ Volvo pada 180 km/j, banyak lagi kereta akan ikut! 03

0-100 km/j dalam masa 6 saat tapi 'top speed' 160 km/j je?

Bermula tahun 2022, Renault juga akan mengehadkan kelajuan model baru serta model Dacia pada 180 km/j. Menariknya, produk berprestasi tinggi seperti Alpine tidak akan menerima tetepan tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Usah hairan dengan ‘speed limit’ Volvo pada 180 km/j, banyak lagi kereta akan ikut! 01

S-Class elektrik, EQS mempunyai had laju pada 210 km/j.

Untuk maklumat anda, had laju kenderaan yang mula diterapkan oleh pengeluar bertujuan untuk mengurangkan potensi kemalangan jalan raya. Menurut European Transport Safety Council (ETSC), usaha ini boleh mengurangkan impak pelanggaran sehingga 30%. Malah dalam masa 15 tahun, ia boleh menyelamatkan sehingga 25,000 nyawa.

Usah hairan dengan ‘speed limit’ Volvo pada 180 km/j, banyak lagi kereta akan ikut! 02

Bagi kami, sekiranya pengeluar kereta betul-betul ingin hadkan kelajuan, ia perlu ditetapkan secara realistik. Contohnya seperti Porsche Taycan yang ditetapkan had kelajuannya pada 260 km/j. Kalau had kelajuannya terlalu rendah, apa gunanya pemilik membeli kenderaan yang laju seperti ini?

Usah hairan dengan ‘speed limit’ Volvo pada 180 km/j, banyak lagi kereta akan ikut! 03

Beli kereta dapat speedometer penuh. Jadi kereta patut cecah kelajuan penuh la kan?

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda