Usaha disanjung, Mercedes-Benz Malaysia anugerahkan Pengedar Terbaik Tahun 2020

Faisal · 2021-03-30 18:00:00

Hari minggu yang lalu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menyampaikan anugerah Dealer of the Year untuk pengedar yang telah bertungkus-lumus dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Tempat pertama untuk pemenang Dealer of the Year 2020.

Sejumlah 7 kategori telah dipertandingkan oleh pengedar MBM. Antaranya ialah Best in Customer Services, Best in Financial Services, Best in Business Excellence, Best in Sales, Best in Customer Satisfaction Index (CSI), dan Most Improved Dealer. Apapun, anugerah yang paling besar ialah The Dealer of the Year 2020.

Untuk itu, anugerah Mercedes-Benz Malaysia Dealer of the Year 2020 dimenangi oleh Cycle & Carriage Bintang, Glenmarie. Pengedar ini mendapat skor yang tertinggi untuk kriteria yang ditetapkan.

Hap Seng Star, Kinrara pula memenangi anugerah Best in Financial Services. Anugerah Best in Business Excellence pula jatuh kepada Cycle & Carriage Bintang, Mutiara Damansara.

Pemberian anugerah yang selebihnya adalah seperti berikut:

  • Best in Customer Services – Cycle & Carriage Bintang (Utara) Bukit Tengah
  • Best in Sales – Asbenz Stem, Kuantan

  • Best in Customer Satisfaction Index (CSI) (5 bintang) – Hap Seng Star, Bukit Tinggi
  • Most Improved Dealer – Hap Seng Star, Setia Alam

Dengan 32 buah pengedar yang sah, Mercedes-Benz Malaysia memiliki rangkaian yang terbesar untuk segmen premium di Malaysia.

 

Faisal

Faisal Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia