window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UTeM cipta VEDIWARD, amaran suara yang dapat bantu pemandu lori mengelak kemalangan

Faisal ยท May 27, 2022 10:00 AM

UTeM cipta VEDIWARD, amaran suara yang dapat bantu pemandu lori mengelak kemalangan 01

Kumpulan Penyelidikan UTeM.

Baru-baru ini, hasil usaha bahagian penyelidikan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mencipta VEDIWARD iaitu prototaip pengesan dan penggera ketidakstabilan lori.

Menurut Pensyarah Kanan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) yang mengetuai projek itu, VEDIWARD secara teknikalnya membantu pemandu dengan memberi amaran awal yang jelas sebelum berlakunya sebarang kemalangan. Ia direka dengan begitu kompak dan mudah untuk dilihat.

UTeM cipta VEDIWARD, amaran suara yang dapat bantu pemandu lori mengelak kemalangan 02

Uniknya, alat itu akan mengeluarkan suara mirip manusia untuk memberitahu pemandu supaya membetulkan pemanduan apabila potensi pelanggaran dapat dikesan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain alat pengesan dan penggeran amaran, VEDIWARD juga berfungsi sebagai ‘kotak hitam’ kenderaan yang mana ia boleh menyimpan segala data pemanduan. Jadi kalau perlu, peranti itu akan memudahkan pihak berkuasa dalam membuat siasatan berkenaan kes yang terlibat.

UTeM cipta VEDIWARD, amaran suara yang dapat bantu pemandu lori mengelak kemalangan 01

Gambar hiasan.

Secara amnya, ciptaan yang turut mendapat kolaborasi bersama syarikat HICOM-HBPO Sdn Bhd ini dapat membantu pemandu mengurangkan faktor kecuaian manusia ketika memandu, sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan boleh menyelamatkan nyawa yang tersayang.

Lagipun menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sendiri, kecuaian manusia dalam menjadi faktor kemalangan jalan raya menyumbang sehingga 80.6%. 13.2% pula disebabkan jalan raya dan 6.2% disebabkan oleh keadaan itu sendiri.

Sumber: Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda