window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UTHM pecah rekod Malaysia dengan ciptaan dron gergasi 400 kg sebesar 25 meter persegi

Faisal · Sep 23, 2021 10:00 AM

UTHM pecah rekod Malaysia dengan ciptaan dron gergasi 400 kg sebesar 25 meter persegi 01

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) baru-baru ini telah masuk Malaysia Book of Records (MBR) menerusi ciptaan dron gergasi seberat 400 kg. Secara teknikal, prototaip dron kargo ini berukuran 5 meter panjang, 5 meter lebar dan 2 meter tinggi.

Menurut ketua projek, Profesor Dr Zamri Omar, inovasi terbaru oleh kumpulan penyelidik UTHM yang dikenal sebagai C-Drone ini mampu membawa muatan sehingga 200 kg. Secara tidak langsung, mereka berjaya menempah nama dalam MBR bagi kategori ‘beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron’.

UTHM pecah rekod Malaysia dengan ciptaan dron gergasi 400 kg sebesar 25 meter persegi 02

Foto: UTHM.

Untuk makluman anda, penghasilan dron yang memakan masa tidak sampai dua tahun itu turut dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihat pakar dari universiti tempatan dan pihak industri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Projek C-Drone yang dilaksanakan di kampus induk UTHM di Batu Pahat ini dimulakan dengan aktiviti analisis dan reka bentuk, simulasi, fabrikasi komponen, pemasangan, integrasi sistem dan pengujian terbang.

UTHM pecah rekod Malaysia dengan ciptaan dron gergasi 400 kg sebesar 25 meter persegi 01

Foto: UTHM.

Secara amnya, projek pembangunan C-Drone bertujuan untuk menghasilkan satu proof of concept (POC), iaitu membuktikan bahawa konsep reka bentuk dan sistem dron kargo besar boleh dibina dan berupaya untuk beroperasi dengan baik.

Segala dana pula diperoleh dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Malah, sebahagian daripadanya sebenarnya dibiayai oleh pihak UTHM sendiri.

UTHM pecah rekod Malaysia dengan ciptaan dron gergasi 400 kg sebesar 25 meter persegi 02

Foto: UTHM.

Kata Profesor itu, “Kejayaan UTHM dalam mencipta dan melaksanakan pengujian awal buat prototaip C-Drone diharapkan dapat menjadi motivasi dan membuka ruang bagi universiti serta pihak industri yang berminat untuk mengembangkan potensi dron berkenaan ke arah komersial.”

Untuk pengetahuan anda, C-Drone yang berkuasa bateri itu adalah jenis Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL).

Sumber: Berita Harian Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda