window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

U-turn lagi - Permit lama MITI masih boleh guna sehingga 3 Jun. #PerancanganGagal?

Mersita · Jun 1, 2021 08:45 PM

U-turn lagi - Permit lama MITI masih boleh guna sehingga 3 Jun. #PerancanganGagal? 01

U-turn dan MITI berpisah tiada. Namun, U-turn kali ini bukanlah melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semata-mata, namun juga pihak-pihak lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Dalam satu perkembangan terbaru, pihak polis mengumumkan surat kebenaran lama yang sedia-ada dikeluarkan oleh MITI untuk pergerakan berkaitan kerja masih boleh digunakan sehingga 3 Jun 2021.

U-turn lagi - Permit lama MITI masih boleh guna sehingga 3 Jun. #PerancanganGagal? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Keputusan ini dibuat berikutan jumlah pekerja yang keluar untuk urusan kerja masih ramai lagi yang menggunakan permit lama, ujar Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ketika satu sidang media hari ini (1 Jun).

Beliau berkata ada di antara mereka yang memberitahu permit baru masih lagi dalam proses, manakala ada juga yang berkata mereka baru sahaja memohon malam semalam.

Oleh itu, mengikut arahan daripada ketua polis negeri, pihak polis akan membenarkan penggunaan permit/surat kebenaran MITI yang lama ketika memeriksa kereta di sekatan jalan raya (SJR) sehingga 3 Jun iaitu Khamis ini.

U-turn lagi - Permit lama MITI masih boleh guna sehingga 3 Jun. #PerancanganGagal? 01

Sumber: Twitter

Setelah tamat tempoh ini, pihak polis akan mula mengenakan kompaun bagi pekerja tanpa surat kebenaran baru bermula 4 Jun (Jumaat).

Majikan juga dinasihatkan untuk membantu dalam permohonan surat MITI baru atau surat pengesahan daripada kementerian-kementerian berkaitan.

Semua syarikat sektor perdagangan pengedaran di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP penuh mulai hari ini hingga 14 Jun, diminta memohon semula surat kebenaran baharu.

Permohonan boleh dibuat di pautan 'COVID-19 Intelligent Management System' (CIMS) MITI.

U-turn lagi - Permit lama MITI masih boleh guna sehingga 3 Jun. #PerancanganGagal? 02

Contoh surat kebenaran daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Sumber: Facebook

Kalut dan mengelirukan, perancangan gagal?

Banyak sekali kekalutan yang timbul setelah prosedur operasi standard (SOP) bagi ‘total lockdown’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan minggu lalu. Pelbagai sektor dan industri dikejutkan dengan berita permit/surat kebenaran beroperasi dari MITI yang perlu diperbaharui bagi sektor ‘essential services’.

U-turn lagi - Permit lama MITI masih boleh guna sehingga 3 Jun. #PerancanganGagal? 03

Baca juga: Jalan sesak pada hari pertama ‘total lockdown’. Nampak gaya ‘essential services’ cukup ramai

Namun, proses permohonan ini pastinya mengambil masa yang lama, ditambah lagi dengan jumlah pemohon yang ramai dan berpusu-pusu melawati laman sesawang MITI. Perkara ini sepatutnya sudah boleh dijangka dan pengecualian seharusnya dibuat pada fasa awal implementasi ‘total lockdown’ yang membawa banyak perubahan SOP dalam jangkamasa singkat.

Tambahan pula, tinjauan petang tadi mendapati laman sesawang CIMS MITI ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja selenggara.

Hari ini, kesesakan lalu-lintas dilaporkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang. Ia mungkin disebabkan oleh SJR yang dilaksanakan, namun puncanya dilaporkan “masih belum dapat dipastikan”.

U-turn lagi - Permit lama MITI masih boleh guna sehingga 3 Jun. #PerancanganGagal? 04

"Kalaulah mereka tahu tekanan dan trauma yang terpaksa ditanggung orang lain dengan perubahan kenyataan mereka". Sumber: Twitter

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda