window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta!

Khairil ยท Jan 31, 2023 08:00 PM

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta! 01

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi kembali ke litar bersama jentera dua roda ketika menjalani sesi latihan bersama barisan pelumba VR46 Academy termasuk penyandang juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia di Portimao.

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta! 02

Selepas bersara dari pentas MotoGP pada tahun 2021, Rossi memilih untuk meneruskan karier lumbanya bersama jentera empat roda dan beraksi bersama pasukan WRT dalam siri perlumbaan GT World Challenge menggunakan jentera BMW, musim ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Turut menyertai sesi di Portugal itu adalah penunggang MotoGP dari Yamaha, Franco Morbidelli, Luca Marini dan Marco Bezzecchi selain pelumba Moto2 dan Moto3 yang 'lahir' daripada akademi milik legenda Itali itu.

Juga baca: Tiada Rossi, tiada Aramco, pasukan milik Vale kini dikenali Mooney VR46 MotoGP!

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta! 01

Apa yang menarik, Rossi menunggang menggunakan jentera 'Superbike' Yamaha R1, yang mencetus spekulasi pasukannya, VR46 akan menjadi pasukan satelit Yamaha di MotoGP pada masa depan.

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta! 02

Sementara itu, barisan pelumba pasukan Mooney VR46 Racing menggunakan jentera Ducati, termasuk Bagnaia yang menunggang Ducati Panigale V4S.

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta! 03

"Kembali ke litar bersama jentera dua roda di litar yang menakjubkan Portimao bersama pelumba-pelumba kali. Musim perlumbaan motosikal secara rasmi dibuka," kata Rossi di laman sosialnya.

Juga baca: Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP!

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta! 04

Berikutan peraturan ujian MotoGP yang ketat, pelumb-pelumba yang masih aktif berlumba hanya boleh 'mengasah taji' mereka di litar menggunakan motosikal produksi yang memperoleh modifikasi ringan.

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta! 05

Bagnaia mendedahkan dia mencatat masa 1 minit 43.286 saat menggunakan Ducati Panigale V4S. Catatan itu agak jauh berbanding catatan masa terbaik rasmi MotoGP yang dilakukan oleh Fabio Quartararo musim lalu, 1 minit 39.435 saat.

Vale kembali 'asah taji', tunggang Yamaha R1 bersama VR46 Academy di Portimao, Pecco pun turut serta! 06

Di pentas GT World Challenge, Rossi yang berusia 43 tahun memulakan kariernya bersama BMW dengan penamat di podium pada perlumbaan 24 Jam di Dubai, awal bulan ini.

Juga baca: Apa barang 'lepak' belakang, Vale intai podium pada debut GTWCE 2022!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda