window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT!

Khairil ยท Mar 3, 2021 10:00 AM

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 01

Ketika Valentino Rossi sah meninggalkan pasukan utama Yamaha MotoGP, ramai berpendapat tindakan legenda itu menyertai pasukan Petronas Yamaha SRT pada musim ini sebagai jalan untuk 'menyelamatkan' kariernya yang penuh gemilang.

Ada yang berpandangan pelumba berusia 42 tahun itu patut menggantung saja sut lumbanya kerana apa yang sudah dicapainya sepanjang berada dalam kancah perlumbaan elit dunia itu sememangnya menakjubkan dan sukar dicapai mana-mana pelumba.

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, legenda kelahiran Itali itu jelas masih belum bersedia untuk 'bersara' dan sekalipun dikatakan berpeluang untuk menyertai pasukan utama lain, beliau memilih untuk menyertai pasukan satelit Yamaha.

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 01

Sekali pun berada dalam pasukan satelit, beliau mendapat sokongan penuh pasukan utama dan menggunakan jentera terkini YZR-M1 2021 yang turut digunakan dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo.

Justeru, tiada sebarang sebab untuk juara dunia sembilan kali itu merasa seperti tersisih malah kehadirannya di Petronas Yamaha SRT membuka peluangnya untuk meraih kembali kegemilangan berdasarkan kemampuan yang ditunjukkan pasukan berkenaan.

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 02

"Saya amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Petronas Yamaha SRT. Ia adalah cabaran baharu untuk saya," kata Rossi.

"Ini adalah pasukan yang amat baru tetapi dalam tempoh dua tahun, mereka sudah pun berada pada tahap yang amat kompetitif. Saya gembira untuk melihat jentera baru saya pada tahun ini dan saya benar-benar menggemari warna 'livery', kulit, helmet dan sebagainya.

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 03

"Ia nampak mengagumkan. Sasaran saya bagi 2021 adalah untuk menjadi kompetitif, berjuang untuk memenangi perlumbaan, berjuang untuk menaiki podium dan berjuang untuk mendapatkan posisi yang bagus dalam kedudukan di Kejuaraan Dunia pada penghujung musim.

"Kami semua amat fokus kepada sasaran kami dan melakukan sebaik yang mungkin. Saya fikir bersama Franco, kami adalah gandingan pelumba paling menarik kerana kami mengenali satu sama lain dengan amat baik.

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 04

"Keseluruhan pasukan mempunyai motivasi yang hebat dan saya akan memberikan yang semaksimum mungkin untuk mencapainya bersama-sama keputusan yang paling baik pada penghujung musim. Kami sudah bersedia untuk bermula."

Bagi Franco Morbidelli, dia menjangkakan gandingannya bersama Rossi akan menghasilkan kejayaan lebih gemilang pada musim ini.

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 05

"Apa yang berubah berbanding tahun lalu adalah rakan sepasukan saya. Saya berharap ia akan menjadi musim yang hebat untuk Vale dan saya. Kami mempunyai hubungan yang baik selama beberapa tahun dan kami akan saling mempelajari di antara satu sama lain.

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 06

"Sasaran peribadi saya untuk 2021 adalah menjadi lebih baik, memperbaiki diri saya sebagai manusia, pelumba dan atlet. Saya tahu ia sukar kerana tahun lalu kami amat pantas dan memperoleh perlumbaan dan pencapaian yang hebat.

Valentino Rossi bangga, teruja sarung seragam Petronas Yamaha SRT! 07

"Begitupun, kami akan cuba untuk terus meningkat berbanding 2020, itulah sasaran saya, cuba menjadi lebih baik tahun demi tahun."

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda