window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Valentino Rossi kritik Yamaha, kata jentera Fabio Quartararo tak boleh 'pergi'!

Khairil · Jan 6, 2023 06:30 PM

Valentino Rossi kritik Yamaha, kata jentera Fabio Quartararo tak boleh 'pergi'! 01

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi tak lagi menahan dirinya daripada mengkritik bekas pasukannya Yamaha dan mendakwa jentera yang diberikan kepada juara dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo 'sukar untuk bersaing' merebut kejuaraan.

Valentino Rossi kritik Yamaha, kata jentera Fabio Quartararo tak boleh 'pergi'! 02

Fabio Quartararo

Musim lalu, pelumba bintang Perancis, Quartararo tampak di laluan untuk mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenangi pada 2021 terutama di awal dan pertengahan kempen, termasuk memiliki kelebihan 91 mata di carta kejuaraan berbanding pencabar terdekatnya.

Valentino Rossi kritik Yamaha, kata jentera Fabio Quartararo tak boleh 'pergi'! 03

Fabio Quartararo bersama jentera Yamaha

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, kelebihan itu berjaya dicantas sedikit demi sedikit oleh Ducati menerusi pelumbanya, Francesco Bagnaia yang menjadi 'comeback' terhebat dalam sejarah MotoGP.

Dan ketika Quartararo mewakili pasukan yang pernah mencipta gemilang buat Rossi iaitu Yamaha, Bagnaia adalah 'murid' pertama daripada akademi VR46 milik legenda Itali itu yang memenangi kejuaraan kelas premier MotoGP.

Valentino Rossi kritik Yamaha, kata jentera Fabio Quartararo tak boleh 'pergi'! 01

Rossi (kanan) bersama Bagnaia

"Pecco (Bagnaia) dan Fabio terbukti yang terkuat, mereka juga yang berjaya, bersama Jorge Martín yang ketika sesi kelayakan dan melakukan catatan sepusingan terpantas tanpa menggunakan sebarang 'slipstream'," kata Rossi memetik laporan Crash.net.

Valentino Rossi kritik Yamaha, kata jentera Fabio Quartararo tak boleh 'pergi'! 02

Rossi bersama Bagnaia

"Yamaha sentiasa jentera yang mempunyai keseimbangan yang baik, tetapi perbezaannya kini berbanding dengan Ducati dari sudut kuasa enjin adalah amat mustahak. Sukar untuk Quartararo berjuang seperti ini."

Valentino Rossi kritik Yamaha, kata jentera Fabio Quartararo tak boleh 'pergi'! 03

Memetik laporan Le Monde, Quartararo yang menamatkan kempen 2022 dengan kecederaan jari berkata di awal musim, dia yang tiba selaku penyandang juara berharap dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik pada pertengahan dan penghujung musim.

"Tetapi dapat dilihat dengan jelas yang saya tidak mampu bersaing secara adil dari sudut kelajuan di laluan lurus dengan Ducati," katanya.

Sumber imej: FB Monster Energy Yamaha MotoGPFrancesco Bagnaia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda