window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Valentino Rossi masih 'menakutkan', mahu terus berlumba - Marini

Khairil ยท Aug 3, 2021 10:00 AM

Valentino Rossi masih 'menakutkan', mahu terus berlumba - Marini 01

Antara perkembangan yang dinanti-nantikan seluruh peminat MotoGP di seantero dunia pastinya mengenai perancangan masa depan pelumba legenda Itali yang juga juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi.

Rossi, 42 tahun yang berlumba bersama pasukan Petronas Yamaha SRT musim ini mengharungi kempen yang mengecewakan sekaligus mencetus khabar angin dia mungkin akan menggantung sut lumbanya sejurus musim ini berakhir.

Juga baca: Hangat, Valentino Rossi umum perancangan masa depan di MotoGP pada rehat musim panas ini!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Valentino Rossi masih 'menakutkan', mahu terus berlumba - Marini 01

Begitupun, pandangan berbeza diberikan oleh adiknya, Luca Marini, yang juga beraksi dalam saingan MotoGP musim ini bersama pasukan Sky VR46 Esponsorama.

Valentino Rossi masih 'menakutkan', mahu terus berlumba - Marini 02

Sumber imej: FB LucaMariniLM97Official

Bakal berlumba bersama pasukan milik abangnya, Aramco VR46 MotoGP pada musim depan, begitupun siapa yang menjadi rakan sepasukannya masih menjadi tanda tanya dengan Rossi masih memberi sebarang kata putus.

Juga baca: Aramco VR46 MotoGP Team pilih Ducati, Valentino Rossi masih dalam dilema!

Valentino Rossi masih 'menakutkan', mahu terus berlumba - Marini 03

Luca Marini. Sumber imej: FB Sky Racing Team VR46

Dan selepas mengharungi rehat selama lebih sebulan, Marini memetik laporan GPOne sekali lagi mengharapkan gandingan itu dapat direalisasikan dan menegaskan abangnya masih lagi berbisa.

"Ia adalah harapan semua orang!," kata Marini dalam satu temuramah.

"MotoGP tanpa Vale tidak akan sama. Kami semua memberitahunya untuk terus berlumba, saya dapat melihat dia amat teruja, dia mahu berlumba untuk mendapatkan keputusan yang hebat, malah dia juga masih menakutkan.

"Sebagai contoh pada Sabtu lalu di 'Ranch' (Akademi VR46) di mana dia memberikan kami masalah. Valentino sentiasa kekal sebagai inspirasi."

Juga baca: Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP!

Valentino Rossi masih 'menakutkan', mahu terus berlumba - Marini 04

Selepas rehat musim panas, saingan MotoGP akan kembali bersambung pada hujung minggu ini di perlumbaan GP Austria.

Valentino Rossi masih 'menakutkan', mahu terus berlumba - Marini 05

Franco Morbidelli (kiri) dan Cal Crutchlow

Pasukan dari Malaysia, Petronas Yamaha SRT begitupun akan kehilangan pelumbanya, Franco Morbidelli susulan kecederaan dan digantikan dengan pelumba berpengalaman, Cal Crutchlow bergandingan dengan Rossi.

Juga baca: Cal Crutchlow ganti Franco Morbidelli di Petronas SRT, tapi...

Valentino Rossi masih 'menakutkan', mahu terus berlumba - Marini 06

Rossi yang ketika ini menghuni tangga ke-19 kedudukan keseluruhan MotoGP selepas sekadar mengutip 17 mata daripada 9 pusingan perlumbaan sebelum ini menyatakan dia akan mengumumkan mengenai perancangan masa depannya pada cuti musim panas.

Sumber imej: Facebook Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda