window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Valentino Rossi pungut mata sulung di GT3, 'terselamat' daripada penyingkiran lap 1!

Khairil ยท May 2, 2022 03:00 PM

Valentino Rossi pungut mata sulung di GT3, 'terselamat' daripada penyingkiran lap 1! 01

Legenda MotoGP, Valentino Rossi mengutip mata sulung dalam kariernya sebagai pelumba jentera '4 roda' di pusingan kedua kejuaraan GT World Challenge Europe yang berlangsung di Brands Hatch, UK, hujung minggu lalu.

Juara dunia sembilan kali itu, yang kini berusia 43 tahun itu dan berlumba dengan pasukan WRT - W Racing Team menggunakan jentera Audi R8 LMS evo II GT3 menamatkan perlumbaan 1 di tangga ke-13 bersama gandingannya dari Belgium, Frederic Vervisch.

Valentino Rossi pungut mata sulung di GT3, 'terselamat' daripada penyingkiran lap 1! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gandingan itu memperbaiki kedudukan pada perlumbaan kedua apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8. Keputusan yang diraih menyaksikan Rossi dan pasukannya mengutip mata kejuaraan sulung selepas ia gagal melakukannya di Imola.

Selain itu, Rossi juga terpaksa menggunakan segala pengalaman yang dimiliki untuk mengelak penyingkiran awal seawal pusingan pertama pada perlumbaan 2 yang mengakibatkan beberapa pelumba 'pulang awal'.

Valentino Rossi pungut mata sulung di GT3, 'terselamat' daripada penyingkiran lap 1! 01

Perlumbaan 1 dimenangi gandingan Ulysse De Pauw dan Pierre Alexandre Jean bersama pasukan AF Corse Ferrari 488 GT3 dengan perlumbaan menjadi milik Timur Boguslavskiy/Raffaele Marciello dari pasukan Akkodis ASP Team Mercedes-AMG GT3.

Sebagai info, penampilan sulung Rossi di perlumbaan itu di Imola sebelum ini gagal memberikan sebarang mata dan dibayangi kesilapan di pit perlumbaan apabila legenda itu secara tidak sengaja melintasi krew pasukannya.

Valentino Rossi pungut mata sulung di GT3, 'terselamat' daripada penyingkiran lap 1! 02

Ketika ditanya mengapa dia terus berlumba selepas bersara daripada MotoGP sebelum ini, jaguh Itali itu berkata menjadi pelumba kereta memang impiannya dan lebih utama, perlumbaan GT3 dapat membantunya 'melupakan' motosikal.

"Saya sentiasa mempunyai idea untuk berlumba dengan kereta, sejak saya mula berlumba dengan motosikal," katanya ketika ditemui.

Valentino Rossi pungut mata sulung di GT3, 'terselamat' daripada penyingkiran lap 1! 03

"Ideanya adalah GT3 membantu saya melupakan motosikal! Untuk berhenti amat sukar. Saya memandu kereta sebelum ini hanya untuk memperbaiki skil saya. Saya mahu menjadi kompetitif.

"Kamu memerlukan sesuatu, kamu perlu merasa adrenalin, untuk kekal sebagai pelumba, kekal di litar, menaiki kereka, memakai helmet," katanya.

Valentino Rossi pungut mata sulung di GT3, 'terselamat' daripada penyingkiran lap 1! 04

Perlumbaan GT World Challenge Europe pusingan berikutnya dijadualkan pada 13-15 Mei ini di Magny-Cours, Perancis.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda