window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021!

Khairil ยท Aug 6, 2021 10:00 AM

Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021! 01

Valentino Rossi akhirnya menjawab teka-teki mengenai perjalanan kariernya di kancah perlumbaan berprestij MotoGP selepas mengesahkan akan bersara sejurus musim 2021 berakhir.

Selepas 26 musim bersaing di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia dan mengucup sembilan gelaran dunia, pengumuman menyedihkan itu dibuat Rossi menjelang perlumbaan GP Styrian di Austria, hujung minggu ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagai mengotakan janjinya, Rossi sebelum ini pernah berkata masa depannya akan ditentukan oleh keputusan yang dicapainya dan berdasarkan aksi separuh musim 2021, tindakannya untuk bersara tampak seperti boleh dijangka.

Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021! 01

Sekalipun pintunya untuk berlumba pada musim 2022 bersama pasukan Petronas Yamaha SRT selain pasukannya sendiri, Aramco VR46 Ducati Team masih ada, Rossi menjelaskan situasi berkenaan sebagai 'amat sukar'.

"Saya memutuskan untuk bersara pada penghujung musim jadi malangnya ini akan menjadi separuh musim terakhir bagi saya sebagai pelumba MotoGP," kata Rossi.

Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021! 02

"Ia sukar. Ia tempoh yang menyedihkan kerana amat sukar untuk bercakap dan tahu yang pada tahun depan saya tidak akan berlumba metosikal lagi. Saya melakukan perkara ini untuk lebih kurang 30 tahun. Jadi kehidupan saya tahun depan akan berubah.

Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021! 03

"Apapun ia hebat. Saya menikmatinya setiap detik. Ia adalah perjalanan yang amat, amat panjang. Amat menggelikan hati. 26 tahun di kejuaraan dunia. Saya meraih pengalaman yang sukar dilupakan bersama semua pasukan saya dan semua yang bekerja dengan saya.

Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021! 04

"Dalam semua sukan, keputusan adalah perbezaannya, jadi pada penghujungnya ia nampak lebih jelas. Saya mempunyai peluang untuk berlumba dalam pasukan saya di MotoGP bersama adik saya tahun depan, sesuatu yang pasti saya gemar. Tetapi apapun, saya fikir lebih baik seperti ini... sata tidak boleh merungut mengenai karier saya."

Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021! 05

Mengakui keputusannya menyertai pasukan Ducati bukan satu kesilapan, tetapi pelumba legenda Itali itu mendedahkan kegagalan untuk meraih gelaran dunia ke-10, yang dirasakan layak selepas dua kali tewas di pusingan akhir sebagai kekecewaan yang besar.

Berdasarkan statistik, kali terakhir Rossi meraih kemenangan dalam perlumbaan MotoGP adalah pada 2017 di Assen, Belanda yang juga kemenangan ke-89 untuknya dalam kelas perdana.

Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021! 06

Ketika ini, Rossi sedang mengharungi kempen terburuknya di MotoGP selepas sekadar menduduki tangga ke-19 kedudukan pelumba selepas 9 perlumbaan dan hanya mengumpul 17 mata keseluruhan.

Rekod kemenangan dunia Valentino Rossi

  • MotoGP/500 cc: 7 (2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2008, 2009)
  • 250 cc: 1 (1999)
  • 125 cc: 1 (1997)

Sumber imej: FB Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda