window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Van EV buatan China sekarang mula tembus pasaran Jepun, dunia kini sudah terbalik?

Faisal ยท Oct 21, 2021 02:00 PM

Van EV buatan China sekarang mula tembus pasaran Jepun, dunia kini sudah terbalik? 01

Pembuat EV China seperti jenama DFSK dan BYD akan meningkatkan kadar eksport van EV mereka ke Jepun tidak lama lagi. Hal ini kerana pengeluar Jepun tidak dapat memenuhi permintaan pasaran tersebut sepenuhnya.

Menurut laporan dari Nikkei Asia, DFSK akan membekalkan 5,000 unit van EV kepada SBS Group. Syarikat ini pula akan membeli lagi 5,000 van EV dari pengeluar China yang lain.

Van EV buatan China sekarang mula tembus pasaran Jepun, dunia kini sudah terbalik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, BYD dan DFSK merupakan antara jenama China yang berhasrat untuk mengisi jurang dalam pasaran pengangkutan di Jepun dimana syarikat-syarikat sedang bertukar ke pengangkutan yang lebih mesra alam untuk patuh dengan piawaian pelepasan yang semakin ketat.

Semenjak penukaran van petrol kepada EV, pengeluar Jepun seperti tidak dapat memenuhi permintaan dari pasaran. Perkara ini sebenarnya ada menimbulkan kerisauan mengenai penaklukan China yang cukup digeruni.

Van EV buatan China sekarang mula tembus pasaran Jepun, dunia kini sudah terbalik? 01

Namun untuk pengetahuan anda, kumpulan pertama van EV DFSK dan SBS sebenarnya direka oleh Folofly, iaitu syarikat baru dalam dunia EV Jepun tetapi model ini dipasang oleh DFSK.

Van EV buatan China sekarang mula tembus pasaran Jepun, dunia kini sudah terbalik? 02

Van EV ini diasas oleh Dongfeng ec36.

Dalam 5 tahun akan datang, SBS secara beransur akan menggantikan 5,000 van diesel mereka kepada van EV.

Walaupun pengeluar Jepun seperti Suzuki dan Daihatsu telahpun umumkan penyertaan mereka dalam program van EV oleh Toyota, ia masih tidak dapat mengekang permintaan dalam sektor penghantaran yang mula diketengahkan sejak Covid-19 melanda.

Van EV buatan China sekarang mula tembus pasaran Jepun, dunia kini sudah terbalik? 03

Selain SBS Group, Sagawa Express juga telah membeli 7,000 EV kecil dari anak syarikat Guangxi Automobile Group, Wuling. Penyerahannya dijangka bermula tahun depan.

Van EV buatan China sekarang mula tembus pasaran Jepun, dunia kini sudah terbalik? 04

Mitsubishi Minicab MiEV.

Buat masa ini, van EV untuk penghantaran di Jepun yang paling popular ialah Mitsubishi Minicab MiEV. Pesaing seperti Nissan pula telah menggugurkan van e-NV200 kerana syarikat itu sedang mempersiapkan model Nissan Townstar.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia