window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Van KKM kemalangan langgar lori dari Kluang-JB untuk ambil vaksin, pemandu maut

Mersita ยท Aug 18, 2021 07:00 PM

Van KKM kemalangan langgar lori dari Kluang-JB untuk ambil vaksin, pemandu maut 01

Seorang pemandu van Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maut manakala dua lagi kakitangan cedera selepas van jenis Toyota Hiace dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori jenis Hino dari arah sama. Kejadian berlaku di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Skudai, tengahari tadi.

Van KKM kemalangan langgar lori dari Kluang-JB untuk ambil vaksin, pemandu maut 02

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.58 am apabila van KKM yang membawa empat kakitangan KKM terlibat sedang dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang ke Hospital Permai, Tampoi untuk mengambil bekalan vaksin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Van KKM kemalangan langgar lori dari Kluang-JB untuk ambil vaksin, pemandu maut 01

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berkata pemandu tersepit dan mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Harian Metro.

Van KKM kemalangan langgar lori dari Kluang-JB untuk ambil vaksin, pemandu maut 02

Pihaknya menerima panggilan kecemasan sejurus selepas kejadian dan lima buah jentera termasuk sebuah Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) berserta 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dan BBP Skudai dikerah ke lokasi kejadian.

Van KKM kemalangan langgar lori dari Kluang-JB untuk ambil vaksin, pemandu maut 03

Empat kakitangan KKM didapati terperangkap di dalam van berkenaan dan anggota penyelamat mengambil masa 11 minit untuk mengeluarkan semua mangsa dengan selamat menggunakan alat pemotong khas.

Menurut jurucakap berkenaan, kakitangan KKM yang terbabit dalam kemalangan berkenaan ialah pemandu van, Allahyarham Shamsul Shamsuri, 49; Rosnilam Satari, 48; Azlina Mohd Rawi, 41 dan Amelia Pek Ying Hung, 26. Pemandu lori dikenali sebagai Mohd Asmawi Mohd Marzuki, 31.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan tindakan lanjut. Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang gugur dalam menjalankan tugas murni untuk kesejahteraan negara.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda