window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Van langgar Bezza menyimpang naik atas pembahagi jalan, mangsa suami isteri maut di lokasi

Mersita · Mar 8, 2021 01:00 PM

Van langgar Bezza menyimpang naik atas pembahagi jalan, mangsa suami isteri maut di lokasi 01

Kejadian sebuah van Toyota Hiace bertembung dengan Perodua Bezza yang bergerak dari arah bertentangan di Jalan Saujana Impian telah menyebabkan mangsa suami isteri di dalam Bezza maut di tempat kejadian manakala dua orang anak mangsa berada dalam keadaan kritikal setelah mengalami kecederaan di kepala.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Remyzan Baharuddin (42) dan isterinya, Suzyla Ahmad Dahlan (40), disahkan meninggal dunia di lokasi. Anak pasangan tersebut iaitu Raiha Syuhaida Remyzan (13) dan Ra’if Adam Lutfan Remyzan (7) cedera di bahagian kepala dalam kemalangan yang terjadi di hadapan sebuah pasaraya pada petang semalam (7 Mac).

Satu rakaman ‘dashcam’ dari kereta orang awam berhampiran lokasi kejadian memperlihatkan yang van Toyota Hiace terlibat naik ke atas pembahagi jalan lalu merempuh Perodua Bezza tersebut dari arah bertentangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Van langgar Bezza menyimpang naik atas pembahagi jalan, mangsa suami isteri maut di lokasi 01

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu van berusia 28 tahun yang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Van tersebut dipandu dari arah Semenyih menghala ke Kuala Lumpur ketika kejadian dan saringan air kencing dan alkohol dilakukan pada pemandu van terbabit didapati negatif.

Van langgar Bezza menyimpang naik atas pembahagi jalan, mangsa suami isteri maut di lokasi 02

Pemandu van terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Kajang pada pagi hari ini bagi mendapatkan perintah reman. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menjadi saksi kepada kejadian berkenaan diseru untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Salbiah Anis di talian 01129052233.

Sumber berita: Harian Metro

Baca juga:

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda