window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS!

Faisal · Sep 2, 2021 07:00 PM

Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS! 01

Konsep Toyota Avanza generasi baru, Daihatsu DN Multisix.

Minggu lepas, kami telah melaporkan beberapa maklumat baru mengenai Toyota Avanza generasi seterusnya (D26A) yang mana ia ada rujukan dengan Perodua Alza yang akan datang (D27A).

Juga bacaLagi maklumat Toyota Avanza generasi baharu tertiris, ada rujukan kepada Perodua Alza baru?

Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS! 02

Toyota Avanza model sekarang.

Baru sebentar tadi, sumber yang sahih dari instagram indra_fathan melaporkan varian yang bakal ditawarkan pada Toyota Avanza baharu.

Dari segi pecahan, Toyota Avanza D26A akan hadir dengan varian:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • 1.3 E MT
  • 1.3 E CVT
  • 1.5 G MT
  • 1.5 G CVT
  • 1.5 G TSS CVT
  • 1.5 Veloz MT
  • 1.5 Veloz CVT
  • 1.5 Veloz Q CVT
  • 1.5 Veloz Q TSS CVT

Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS! 01

Enjin 1.5L yang sama pada Toyota Avanza sekarang.

Kalau diperhatikan, Toyota Avanza generasi baharu bakal debut di Indonesia dengan tiga spesifikasi utama iaitu E, G dan Veloz. Pada masa yang sama, majoriti daripada varian itu menggunakan kombo enjin 1.5L 2NR-VE dan transmisi CVT.

Juga bacaSAH: Toyota Avanza 2022 serba baru bakal guna transmisi CVT, selamat tinggal 4AT

Menariknya, ciri ADAS Toyota Safety Sense (TSS) nampaknya turut hadir pada varian pertengahan.

Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS! 02

Avanza spec Indo yang ada sekarang.

Di sana, Daihatsu Xenia adalah kembar kepada Toyota Avanza. Cumanya, ia disasarkan untuk pasaran lebih bawah yang mana majoriti daripada varian untuk model baru nanti bakal ditawarkan dengan enjin 1.3L 1NR-VE seperti berikut:

  • 1.3 M MT
  • 1.3 X MT
  • 1.3 X CVT
  • 1.3 R MT
  • 1.3 R CVT
  • 1.5 R MT
  • 1.5 R CVT
  • 1.5 R ASA CVT

Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS! 03

Alza baharu nanti dikhabarkan menjadi kembar kepada Toyota Avanza.

Secara teknikal, Toyota Avanza generasi baharu akan hadir dengan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Buat pertama kali juga, ia akan berpacuan roda hadapan. Konfigurasi yang sama juga dikhabarkan beransur pada Perodua Alza yang akan datang.

Juga bacaDaihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV!

Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS! 04

Kamera ADAS ASA di Ativa.

Dengan penggunaan platform DNGA pada trio Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua Ativa, Alza-Avanza baharu mungkin mendatangkan juga ciri Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lake Keep Assist (LKA). Kalau betul, ciri ini bakal meletakkan mereka berdua sebagai yang pertama dalam segmen tersebut.

Juga bacaSAH! Toyota Avanza 2022 serba baru lebih selamat daripada BR-V & Xpander - 6 beg udara, AEB

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda