window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Varian Toyota Hilux 2.4 E MT ditambah, kini varian asas Double Cab pada RM 110k!

Haris · Sep 9, 2022 04:00 PM

Varian Toyota Hilux 2.4 E MT ditambah, kini varian asas Double Cab pada RM 110k! 01

Varian 2.4E AT. Kredit: Toyota SA Linda

UMW Toyota Malaysia dilihat telah menambah varian baharu dalam penawaran model Toyota Hilux di Malaysia. Varian tersebut bermula daripada RM 110k juga dilihat menjadi varian asas Toyota Hilux Double Cab, diposisikan satu varian atas kepada model Single Cab.

Harga bagi Toyota Hilux 2.4E MT adalah:

  • Semenanjung - RM 110,880
  • Sabah - RM 112,910.40
  • Sarawak - RM 113,040.60

Varian Toyota Hilux 2.4 E MT ditambah, kini varian asas Double Cab pada RM 110k! 02

Kredit: Toyota SA Hyina

Toyota Hilux 2.4E MT hadir menggantikan Toyota Hilux 2.4G MT yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Spesifikasi 2.4E MT adalah sama seperti 2.4E AT yang berada satu varian atas. Di bawah hudnya ialah enjin 2.4 liter turbodiesel 2GD-FTV dengan 150 PS dan tork 400 Nm, dengan pengunci gandar 4WD.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiada limited slip differential (LSD) automatik di sini tetapi terdapat pengunci gandar belakang dan kawalan cengkaman aktif (A-TRC) untuk membantu pemandu untuk keluar dari sekatan tanah, lumpur dan sebagainya dari laluan.

Baca: Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun?

Varian Toyota Hilux 2.4 E MT ditambah, kini varian asas Double Cab pada RM 110k! 01

Varian Toyota Hilux 2.4 E MT ditambah, kini varian asas Double Cab pada RM 110k! 02

Foto 2.4E AT namun model MT hanya akan dibezakan pada tombol gear. Kredit: Toyota SA Linda

Ia adalah kabin yang cukup asas justeru jadi keselesaan pemandu bukan fokus utama. Ia masih menggunakan pemain CD bagi mengendalikan hiburan dalam kereta (sekurang-kurangnya ada Bluetooth) melalui 6 pembesar suara, pendingin hawa manual, upholsteri fabrik dan tempat duduk boleh laras secara manual.

Varian ini juga mendapat port pengecasan telefon USB-C baharu yang kini turut dilanjutkan kepada semua varian Double Cab.

Varian Toyota Hilux 2.4 E MT ditambah, kini varian asas Double Cab pada RM 110k! 03

Kredit: Toyota SA Hyina

Tiada satu pun fungsi Toyota Safety Sense ADAS ditawarkan di sini – jika anda memerlukannya, lihat varian 2.8 Rogue.

Tetapi ciri seperti kawalan kestabilan kenderaan dan kawalan bantuan bukit ada ditawarkan. Kamera undur, monitor paparan panoramik (PVM) dan dashcam (DVR) juga boleh ditempah sebagai pilihan.

Varian Toyota Hilux 2.4E MT ini menyertai barisan produk Innovative Multi-Purpose Vehicle (IMV) yang baru sahaja dikemas kini di Malaysia - meliputi Fortuner dan Innova.

Berikut adalah rujukan varian Toyota Hilux 2022 di Malaysia bermula Sept 2022:

Model Double Cab (4 pintu)

  • Toyota Hillux 2.8 Rouge (AT) - RM149,880.00
  • Toyota Hillux 2.4V (AT) - RM136,880.00
  • Toyota Hillux 2.4E (AT) - RM111,880.00
  • Toyota Hillux 2.4 E (MT) - RM110,880.00

Model Single Cab (2 pintu)

  • Toyota Hillux 2.4 (MT) - RM95,880.00

Baca: Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda