window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k!

Khairil · May 29, 2023 10:00 AM

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 01

Tak lama selepas pengenalannya di Eropah, salah satu model hangat jenama ikonik Itali, Vespa GTS 300 (2023) akhirnya membuat kemunculan di pasaran tempatan dan datang dengan dua varian, SuperSport dan SuperTech.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 02

Vespa GTS 300 (2023) SuperTech

Tiba sebagai versi terbaharu, beberapa perubahan dan naik taraf diberikan kepada Vespa GTS 300 (2023) dan antara yang ketara adalah dari sudut suspensi serta trenkuasa.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 03

Vespa GTS 300 (2023) SuperSport

Sebelum berbicara lebih jauh, Vespa GTS 300 (2023) SuperSport dijual pada harga asas RM 32,900 dan datang dengan empat pilihan warna iaitu: 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Orange Tramonto AX
  • White Innocenza BR
  • Matte Black Opaco Matt NS
  • Green Olive Matt V06

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 01

Vespa GTS 300 (2023) SuperTech yang juga varian teratas dalam siri GTS 300 pula dijual pada harga asas RM 36,900 dan datang dalam dua pilihan warna iaitu:

  • Grey Quarzo Matt G27
  • Blue Deep D13

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 02

Di bahagian trenkuasa, kedua-dua versi Vespa GTS 300 (2023) SuperSport dan SuperTech dijana enjin 300 HPE (High Performance Engine) bersesaran 278 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 03

Kuasa yang dihasilkan adalah 23.8 Hp pada 8,250 rpm dan tork 26 Nm pada 5,250 rpm.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 04

Dengan angka kuasa yang dimilikinya, ia dilabel sebagai Vespa yang paling berkuasa ketika ini.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 05

Selain trenkuasa lebih bertenaga dan berstatus Euro5, kemas kini lain yang dilakukan kepada GTS adalah dari sudut keselesaan menerusi penggunaan pelana baharu serta suspensi 'single-arm' depan yang ditala semula agar menghasilkan kestabilan dan keselesaan lebih baik.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 06

Dari sudut luaran, Vespa GTS 300 (2023) SuperSport dan SuperTech tampil dengan rekaan cermin visor yang baharu, pelindung lumpur depan serta rim aloi baharu.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 07

Sebagai dua versi teratas bagi Vespa GTS 300, kedua-dua model dilengkapi dengan ciri sambungan telefon pintar melalui aplikasi Vespa MIS dan sistem 'smart key' yang turut datang dengan fungsi pembuka pelana dari jauh.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 08

Ia turut datang dengan ciri seperti 'Bike Finder' yang membantu mengesan skuter ini dengan hanya menggunakan kunci.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 09

Tetapi lebih menarik untuk Vespa GTS 300 (2023) Supertech, panel meter menggunakan panel meter TFT berwarna bersaiz 4.3 inci manakala Vespa GTS 300 (2023) SuperSport datang dengan panel meter LCD analog bersaiz 3 inci.

Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k! 10

Sistem henti menggunakan brek cakera (depan dan belakang) yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan set roda 120/70-12 (depan) dan 130/70-12 (belakang) manakala kapasiti tangki bahan api adalah 8.5 liter.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda