window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS!

Khairil ยท Mar 10, 2021 07:00 PM

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS! 01

Sebagai meraikan ulang tahun ke-75 Vespa, syarikat pengeluar motosikal ikonik Itali, Piaggio melancarkan varian edisi istimewa menerusi dua model popularnya Vespa Primavera dan Vespa GTS, baru-baru ini.

Untuk model Primavera, ia ditawarkan bagi varian 125 manakala bagi GTS, ia dipadankan dengan dua varian iaitu Super Tech 125 dan Super Tech 300.

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS! 01

Antara yang istimewa bagi model edisi khas ini ialah menerusi skim warnanya 'Giallo 75th' iaitu kemasan kuning metalik. Warna khas berkenaan jelas mengembalikan nostalgia di era 1940-an di mana Vespa sememangnya popular di zaman berkenaan.

Keunikannya bertambah dengan 'livery' angka 75 yang terpampang besar di bahagian mudguard depan dan panel sisi.

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS! 02

Menambah lagi keistimewannya, edisi khas 75 tahun ini turut didatangkan dengan kemasan ekslusif seperti pelana balutan kulit nubuck berwarna smoke grey, rim berwarna kelabu dengan kemasan berlian selain kemasan krom di bebarapa bahagian.

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS! 03

Antaranya adalah di bahagian logo depan, sisi paparan meter, pelindung peredam, peg kaki pembonceng, serta cermin sisi.

Ciri-ciri ekslusif berterusan di bahagian aksesori rak belakang yang datang dengan beg berbentuk bulan seakan tayar simpanan. Beg berkenaan diperbuat daripada kulit nubuck velvety-soft, lengkap dengan pelindung kalis air, strap bahu dan klip quick-release.

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS! 04

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS! 05

Selain itu, kesemua model Vespa 75 tahun akan diberikan nombor siri yang terletak di bahagian kanan kokpit.

Dan setiap pembelian Vespa 75 tahun juga akan menerima pakej Welcome Kit yang menampilkan selendang jacquard-sutera Itali, plat keluli vintaj Vespa, Buku Pemilik, serta lapan keping poskad dengan imej lapan dekad sejarah motosikal berkenaan.

Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS! 06

Setakat ini, tidak diketahui sama ada model edisi khas ini akan dibawa masuk oleh pengedar Vespa di negara ini tetapi apa yang pasti, ia akan menjadi 'collector' item yang menarik.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda