window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Abang Bomba tolong buka kereta terkunci, walaupun sedang berhenti di R&R!

Haris ยท Jan 30, 2023 06:00 PM

Video: Abang Bomba tolong buka kereta terkunci, walaupun sedang berhenti di R&R! 01

Tugas anggota penyelamat sememangnya tidak mengenal waktu. Terbaru, satu rakaman video tular apabila ahli bomba dirakam membantu membuka sebuah kenderaan yang terkunci sendiri walaupun ketika berehat di hentian R&R.

Kejadian tersebut dirakam oleh pengguna tiktok, Dosyie yang mendakwa kunci keretanya telah tertinggal di dalam sebuah Proton Saga dipercayai digunakan olehnya tetapi telah terkunci secara automatik.

@dosyie

Nak jadikan cerita hari ni, kunci tertingal dalam kereta then dia auto lock pulak. Dah call plus untuk minta tolong tapi kebetulan abg2 bomba pon ada dkt rnr, jadi minta tlg abg2 bomba lah. First time guna kan perkhimatan mereka. Terima kasih abg bomba ! U r the best! ๐Ÿคœ๐Ÿค›

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
โ™ฌ original sound - dosyie

Pengguna tiktok itu kemudiannya telah menelefon anggota PLUS untuk membantu tetapi kemudiannya ternampak sebuah trak bomba juga sedang berhenti di hentian R&R Sungai Perak yang sama.

Bertindak atas permintaan tersebut, beberapa orang ahli bomba beserta anggota petugas PLUS yang tiba di tempat kejadian segera membantu permintaan kecemasan tersebut dengan menggunakan beberapa alatan untuk membuka kenderaan dari dalam.

Video: Abang Bomba tolong buka kereta terkunci, walaupun sedang berhenti di R&R! 01

Tangkap layar kejadian

Ramai pengguna di media sosial memuji tindakan anggota bomba yang sanggup menghulurkan bantuan kecemasan walaupun dipercayai bukan dalam tugas aktif pada ketika itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat memang boleh membantu sekiranya kenderaan terkunci sendiri namun ini hanya disarankan untuk situasi kecemasan seperti anak terkunci di dalam atau dalam kes ini, keadaan lokasi yang agak jauh untuk dicapai.

Baca: "Buat anak pandai, jaga tak pandai", anak tertinggal dalam kereta sampai menyusahkan bomba

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda