window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) 'Ajim' berlakon jadi cacat sebab nak parking OKU di Mid Valley. Biadap?

Mersita Ā· Dec 9, 2021 11:59 AM

(Video) 'Ajim' berlakon jadi cacat sebab nak parking OKU di Mid Valley. Biadap? 01

Lot parkir khas untuk orang kurang upaya (OKU) sering disalah guna, dan selalunya seseorang yang sedar dia sedang membuat kesalahan sebegini akan cuba sedaya-upaya untuk tidak tertangkap. Lain pula ceritanya dengan sekumpulan lelaki muda yang tergamak berkongsi ‘tips’ untuk ‘senang dapat parkir’ di kawasan sesak seperti Mid Valley Megamall.

Rakaman video TikTok yang dihasilkan oleh mereka tentang ‘tips’ untuk mudah dapat parkir iaitu dengan menggunakan parkir khas OKU dan berlagak cacat apabila keluar daripada kereta mula tular di media sosial. Seperti yang sudah dijangka, tindakan mereka dikecam warganet kerana ia bukan saja salah, namun juga dianggap biadap.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi parking susah. Lepas tu, Ajim cakap, kalau nak parking kena buat satu cara. Betul-betul dapat parking. Tapi cara dia pelik sikit la,” ujar lelaki di dalam video yang dimuatnaik menerusi akaun @iswanishak itu.

Ia disusuli dengan aksi oleh ‘Ajim’ yang berjalan senget-benget lagak cacat, lengkap dengan ekspresi muka seperti OKU sebenar.

“Ini kalau kantoi dengan pak guard ni, memang mati kau. Tapi, dapat parking, s***. Ni tengok kereta hitam aku ni, betul-betul dapat parking. Terima kasih, Jim,” selorohnya lagi.

(Video) 'Ajim' berlakon jadi cacat sebab nak parking OKU di Mid Valley. Biadap? 01

Difahamkan, lelaki yang menghasilkan video ini menjelaskan bahawa ia hanyalah sekadar ‘content’ TikTok sahaja dan ia bertujuan untuk mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan keatas mana-mana OKU. Katanya, ramai tidak kenal dengan tema ‘content’ mereka yang dikatakan berdasarkan ‘realiti kehidupan’.

Apa pendapat anda pula? Adakah ‘content creator’ masa kini semakin lama semakin tidak sedar akan perbezaan antara ‘mendidik’ dengan ‘jenaka sensitif’ tanpa sebarang konteks atau niat jelas?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda