window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: BMW 5 Series buli lori di Lebuhraya Persekutuan, berani bawa 'slow' & brek mengejut

Faisal ยท May 20, 2022 04:00 PM

Video: BMW 5 Series buli lori di Lebuhraya Persekutuan, berani bawa 'slow' & brek mengejut 01

Isnin malam yang lalu, tertular satu rakaman dashcam milik mangsa iaitu seorang pemandu lori yang dibuli oleh sebuah BMW 5 Series yang berplat nombor pendaftaran JSY 998.

Insiden yang berlaku di KM 10 arah Kuala Lumpur ke Klang itu dilaporkan bermula apabila pemandu kereta tersebut memandu di lorong kiri secara luar biasa perlahan walaupun trafik sudah mula bergerak laju. Tidak cukup dengan itu, dia siap boleh main brek secara mengejut lagi.

Malah kalau diperhatikan betul-betul, ada saat yang mana pembuli jalanan itu berhenti sampai pegun. Bayangkan berhenti di tengah-tengah Lebuhraya Persekutuan. Yang paling tak tahannya, siap boleh undur lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, perbuatan pemandu kereta itu telah disiasat oleh Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan siasatan setakat ini mendapati bahawa pemilik nombor pendaftaran kereta itu beralamat di Johor Bahru Selatan.

Video: BMW 5 Series buli lori di Lebuhraya Persekutuan, berani bawa 'slow' & brek mengejut 01

Namun begitu pada Disember lalu, pemilik tersebut sudahpun menjual kereta itu kepada ejen kereta terpakai.

Ejen itu pula memaklumkan bahawa BMW tersebut telah dijual kepada syarikat sewa kereta. Apapun, ejen kereta terpakai itu akan dipanggil untuk beri keterangan dan dokumen perjanjian dengan syarikat sewa kereta tersebut.

Video: BMW 5 Series buli lori di Lebuhraya Persekutuan, berani bawa 'slow' & brek mengejut 02

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan insiden ini diminta membantu siasatan dengan mengubungi pegawai penyiasat IPD Shah Alam di talian 019-4475767.

Buat masa sekarang, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Dashcam Owners Malaysia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda