Honda baru sahaja mempertontonkan jentera Honda Civic Type R Limited Edition 2021 di litar lumba Suzuka, Jepun. Kereta tersebut dilihat sedang melakukan pusingan litar dengan kakitangan berpakaian jaket Honda memegang jam randik ketika kereta kuning melintas beliau.
Rekod pusingan untuk segmen hot hatch selalunya dikaitkan dengan litar Nurburgring sepanjang 20km di Jerman. Pemegang rekod hot hatch paling pantas jatuh kepada Renault Mégane RS Trophy-R dengan catatan masa 7 minit 40.1 saat selepas menewaskan Honda Civic Type R FK8 dari tempat teratas dengan masa pusingan 7 minit 43.8 saat yang dimenanginya pada tahun 2017.
Honda Civic Type R Limited Edition 2021 adalah versi litar untuk model Honda Civic Type R Sports Line dan standard GT yang lebih sesuai untuk penggunaan harian.
Honda telah menala konfigurasi Honda Civic Type R Limited Edition 2021 supaya boleh digunakan atas jalan dan litar perlumbaan tanpa apa-apa perubahan.
Model ini tidak dilengkapi dengan penyaman udara, sistem infotainment, wiper belakang, tonneu cover dan peredam bunyi untuk membantunya mengurangkan berat sebanyak 47kg berbanding versi Sports Line dan standard GT.
Honda Civic Type R Limited Edition 2021 dijana oleh enjin petrol 2.0 liter 4-inline bercas turbo yang memberi kuasa sebanyak 320 PS kuasa kuda dan 400 Nm tork.
Bagi yang belum mengetahui, Honda Civic Type R Limited Edition telah pun dilancarkan pada awal tahun ini dengan unit terhad. Dikatakan bahawa 20 unit terhad untuk pasaran UK telahpun habis dijual tanpa pembeli melihat model tersebut. Turut laris adalah 100 unit terhad untuk pasaran Kanada yang dijual dalam tempoh 4 minit.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2018 Honda Civic Type R 6MT
Upgrade
Add your car