window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Dah macam permainan GTA, Civic PDRM di Johor ini kejar Honda Jazz sampai 35 minit

Faisal · Dec 1, 2021 02:00 PM

(Video) Dah macam permainan GTA, Civic PDRM di Johor ini kejar Honda Jazz sampai 35 minit 01

Baru-baru ini, satu klip Youtube yang dikongsi oleh Team Task Force di Johor yang melibatkan insiden kejar-mengejar seperti di Amerika Syarikat telah tertular dengan begitu hebat sekali.

Kejadian yang melibatkan Honda Civic PRDM dan sebuah Honda Jazz generasi GK ini mengambil masa sehingga 35 minit sebelum suspek berjaya ditumpas di Kampung Melayu majidee. Menariknya, insiden ini berlaku pada 20 Jun 2021 yang lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau diperhatikan, dua suspek di dalam Honda Jazz itu didapati memecut dan melarikan diri sebaik sahaja ditahan oleh kereta polis. Tanpa ragu-ragu, pihak polis terus mengejar yang mana ia melibatkan kawasan di sekitar Kampung Melayu Majidee, Tebrau dan bandar Johor Bahru.

Sepanjang video ini, Honda Jazz tersebut didapati memandu dalam keadaan bahaya dan sambil lewa. Malah, mereka dilihat melawan aliran trafik banyak kali demi melarikan diri.

(Video) Dah macam permainan GTA, Civic PDRM di Johor ini kejar Honda Jazz sampai 35 minit 01

Team Task Force dengan Honda Civic FC mereka.

Kalau anda perasan, pihak PDRM mengejar suspek sehingga mencecah kelajuan 180 km/j tetapi dengan jarak yang cukup selamat. Untuk makluman anda, polis kita telah dilatih untuk menjejak suspek dengan cara selamat supaya mereka tidak pandu lebih laju yang mana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Namun pada hujung video ini, pegawai polis itu meminta kebenaran pihak atasan untuk menembak tayar kereta suspek bagi mengakhiri insiden tersebut.

(Video) Dah macam permainan GTA, Civic PDRM di Johor ini kejar Honda Jazz sampai 35 minit 02

Apapun, pihak polis dan suspek tidak mengalami sebarang kecederaan. Malah, suspek dengan relanya menyerahkan diri setelah keretanya tidak dapat lagi dipandu.

Juga baca: Apa yang ada dalam kereta peronda Honda Civic PDRM? Jom tengok!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda