window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Filem Marabahaya Underground boleh bikin hati ‘menderum’ bagi peminat drift dan kereta!

Mersita · Dec 2, 2021 03:00 PM

(Video) Filem Marabahaya Underground boleh bikin hati ‘menderum’ bagi peminat drift dan kereta! 01

Filem aksi dengan jentera berprestasi tinggi sudah menjadi ‘makanan’ peminat filem dan kereta di Malaysia seperti yang dapat dilihat dalam kejayaan diraih filem-filem luar negara mahupun tempatan. Tak lama lagi, rakyat Malaysia bakal disajikan filem penuh adrenalin terbaru, Marabahaya Underground, arahan Helmi Yusof dan terbitan penyanyi rap terkenal tanah air, Cat Farish.

Marabahaya Underground dibintangi oleh Hazama dan Joey Daud sebagai teraju utama, diiringi pelakon-pelakon lain seperti Jian Wein, MK K-Clique, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

(Video) Filem Marabahaya Underground boleh bikin hati ‘menderum’ bagi peminat drift dan kereta! 01

Selain itu, sesuai dengan jalan ceritanya, filem ini juga memberi penampilan istimewa dari pelumba supercar negara, Zen Low, pelumba negara, Keifli Othman, drifter, Jian Hui Wong, dan juga pelumba rali, Faizal Alang. Penampilan istimewa lain bagi menyerikan lagi filem aksi disulami komedi ini terdiri daripada Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, dan Zalif Sidek.

(Video) Filem Marabahaya Underground boleh bikin hati ‘menderum’ bagi peminat drift dan kereta! 02

Apalah ertinya filem aksi tanpa jentera berkuasa tinggi dengan gaya pelumba jalanan yang cukup menggiurkan? Filem berkisar tentang impian dan liku-liku kehidupan peminat sukan ‘drift’ ini takkan lengkap tanpa kemunculan jentera hebat seperti Ford Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo dan Porsche bagi mencetuskan deruan adrenalin di kalangan penonton, diiringi irama rap karya artis ‘underground’ Malaysia.

(Video) Filem Marabahaya Underground boleh bikin hati ‘menderum’ bagi peminat drift dan kereta! 03

Filem ini berkisar tentang perjalanan bintang utamanya, Hazama sebagai watak Chon, yang bercita-cita mahu menjadi seperti idolanya iaitu Raja Drift Malaysia, Shah Dhani yang dimainkan oleh Joey Daud.

(Video) Filem Marabahaya Underground boleh bikin hati ‘menderum’ bagi peminat drift dan kereta! 04

Filem berdurasi 1 jam 30 minit terbitan syarikat produksi D’edge Communication ini boleh ditonton mulai hari ini (2 November) menerusi Astro First, saluran 480.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda