VIDEO: Giliran Geely Preface perli iklan Honda City pula!
Haris ยท Aug 21, 2020 01:00 PM
0
0
Jika anda terhibur dengan iklan Honda City yang dilihat seolah-olah memerli kereta pengeluar lain, tentunya iklan Geely Preface terbaru ini seolah-olah memerli Honda City pula walaupun, tidak dilihat secara langsung.
Kita sedia maklum mengenai kehadiran Geely Preface yang baru sahaja dilancarkan. Semalam, Geely telah menayangkan sebuah iklan promosi Geely Preface di laman sosial mereka. Iklan tersebut dilihat mengikut tema yang sama dengan iklan Honda City baru baru ini.
Dalam video tersebut, seorang pemandu yang mengenakan helmet dilihat sedang menarik sarung tangan ketika dia mendekati Geely Preface. Stiker dekal pada Geely Preface turut bertulis huruf "CMA". Sementara itu, Porsche Panamera, Mercedes-Benz AMG C63 dan BMW M4 dilihat melewati Geely Preface dalam perjalanan mendaki gunung.
Bukan sekadar mempromosi Geely Preface, Geely turut dilihat mempromosikan platform CMA terbaharu mereka. Platform ini dibangunkan dengan kerjasama Volvo dan mungkin bakal digunakan dalam model-model Proton yang akan datang.
Walaupun tiada Honda City dalam video promosi tersebut, Geely Preface menunjukkan bahawa Geely Preface yang dibangunkan dengan platform CMA lebih hebat berbanding kereta-kereta berprestasi tinggi yang lain. Sama sahaja dengan adegan Honda City yang menunjukkan kehebatan mendaki bukit memotong Perodua Bezza.
Sementara itu, Geely Preface turut disebut-sebut sebagai pengganti Proton Perdana. Dilengkapi dengan enjin 2.0 liter berkuasa turbo, Geely Preface mampu menjana sebanyak 190 PS kuasa kuda dan 300 Nm tork. Melihat kepada bacaan tork tersebut, tidak mustahil jika iklan Proton Perdana akan datang bakal memerli Honda City pula!
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.