window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Honda Civic dikejar PDRM di Langkawi, suspek berjaya lari walaupun dah ditahan

Faisal ยท Jul 26, 2022 01:00 PM

Video: Honda Civic dikejar PDRM di Langkawi, suspek berjaya lari walaupun dah ditahan 01

Tangkap layar.

Malam Sabtu yang lepas, tertular satu klip seakan filem aksi yang memaparkan sebuah Honda Civic berwarna putih yang dikejar oleh PDRM di Pulau Langkawi.

Insiden yang berlaku di Kuah ini bermula apabila kereta tersebut dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh anggota rondaan PDRM.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, mereka sudah mengarahkan kereta tersebut untuk berhenti tetapi dia enggan memberi kerjasama lalu memecut laju ke Kampung Padang Lalang. Setelah membuat pusingan tajam, suspek itu berjaya melarikan diri.

Menariknya, kereta tersebut kemudian berjaya dikesan di depan sebuah sekolah di Kisap tetapi pemandunya tidak ada. Apapun, kereta tersebut telah dibawa ke IPD untuk pemeriksaan lanjut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Siasatan awal terhadap nombor pendaftaran Civic itu mendapati bahawa pemiliknya beralamat di Kulim, Kedah. Cumanya, dia telah menjual kereta tersebut tetapi sistem belum lagi menukar nama.

Dengan maklumat yang diberi oleh pemilik lama, pembeli terbaru telah berjaya ditahan dan sedang disiasat di bawah Seksyen 39A(2) dan 15(1)(a) ADB 1952.

Apapun, pemandu yang melarikan diri sewaktu insiden kejar-mengejar itu masih belum dapat dikesan.

Video: Honda Civic dikejar PDRM di Langkawi, suspek berjaya lari walaupun dah ditahan 01

Dalam masa yang sama, para netizen sempat melontarkan komen berkenaan perakam yang mana beliau dan gengnya dilihat begitu sempoi di sebalik insiden kejar penjenayah yang berlaku di belakangnya.

Sumber: Media sosial

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda