window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai?

Mersita · May 24, 2021 08:00 PM

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai?

Sebelum ini, kami pernah laporkan tentang bunyi getaran yang datang dari bahagian belakang sebelah kanan kereta Perodua Ativa kami. Ia sudahpun dibaiki dahulu, namun selepas beberapa minggu, bunyi yang sama kembali menghantui kami.

Oleh itu, sebelum berakhirnya bulan Ramadhan yang lalu, kami sempat menghantarnya ke pusat servis Perodua untuk diperiksa sekali lagi. Setelah kami maklumkan Perodua tentang isu ini, mereka cepat-cepat menetapkan tarikh temujanji untuk kami.

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sama seperti servis terdahulu, Perodua menghantar pasukan pakar mereka dari ibu pejabat Perodua untuk membetulkan masalah ini.

Masalahnya masih lagi berkaitan brek dram

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 01

Punca masalah ini kekal sama iaitu brek dram di tayar belakang sebelah kanan. Sekurang-kurangnya puncanya masih sama, oleh itu kami boleh jimat masa dan cuba kaedah lain pula jika kaedah terdahulu kurang berkesan.

Masalah ini pernah dibetulkan dahulu dimana ‘brake shoe’-nya diketatkan. Namun, sekejap saja bunyinya hilang dan tiba-tiba ia kedengaran semula setelah beberapa minggu.

Perkara yang membimbangkan kami ialah bunyi bahagian yang longgar di bahagian belakang sebelah kanan kereta setiap kali ia dipandu melepasi jalan tidak rata, contohnya tampalan jalan, lubang, atau jalur perangkap kelajuan.

Makan masa separuh hari

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 02

Masa menunggu kali ini lebih lama berbanding servis sebelumnya. Nasib baik kami datang bertiga, tak lah bosan.

Sementara menunggu, kami nampak kumpulan juruteknik yang bertugas keluar untuk memandu-uji Ativa kami bagi memastikan masalah ini dibetulkan dengan sempurna. Setiap pandu uji dilakukan dengan 4 orang dewasa duduk di dalam kereta.

Pendek cerita, Cik Tiva berulang kali dibetulkan dan dipandu-uji sepanjang hari.

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 03

Berapa kali Cik Tiva dinaikkan atas platform pun sudah tak terkira

Kami harap kunjungan kami ke pusat servis yang seterusnya hanyalah untuk servis biasa kerana kami lihat pasukan Perodua sememangnya bertungkus-lumus untuk membetulkan isu ini.

Ditambah pula dengan cabaran di bulan Ramadhan, kami amat menghargai usaha pasukan Perodua yang bekerja keras walaupun ketika berpuasa.

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 04

Kami diberitahu yang ‘brake shoe’ Cik Tiva sudah diketatkan sekali lagi, tetapi dengan beberapa langkah tambahan kali ini.

Berbaloikah tunggu lama-lama?

Saksikan Jason untuk penceritaan proses servis kali ini:

Setelah semuanya selesai, bunyi getaran tersebut sudah hilang. Alhamdulillah.

Kami dah cuba pandu melepasi bonggol, lubang jalan, dan sebagainya. Akhirnya, Ativa terasa seperti baru semula tanpa sebarang bunyi yang menjengkelkan.

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 05

Mengimbau kenangan manis

Kami sudah pandu Cik Tiva sejauh 5,000 km selepas video ini dirakam (pada 4,000+ km) dan bunyi getaran berkenaan tidak timbul lagi. Setakat ini, kami boleh katakan yang masa diluang menunggu Cik Tiva siap memang berbaloi.

Kami harap bunyi getaran ini tidak akan kembali semula. Seronok rasanya memandu dengan tenang dan aman tanpa bunyi yang meresahkan.

“Wah, bukan main. Dapat layanan istimewa ke ni?”

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 06

Kami tahu ada dikalangan pembaca yang fikir kami diberi layanan istimewa oleh Perodua hanya kerana kami orang media.

Mungkin ada yang beranggapan jika Cik Tiva dimiliki oleh orang umum tanpa pengaruh besar, Perodua mungkin tidak akan mengutamakan isu ini.

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 07

Kami bukan golongan kayangan, dapat barang ‘free’ sana sini

Berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai orang awam, saya pernah membuat aduan tentang Perodua Myvi milik saya yang mempunyai masalah brek berbunyi walaupun ‘brake pad’ dan ‘brake disc’ baru saja diganti. Saya diberi layanan seperti biasa tanpa menggunakan sebarang nama atau rujukan berpengaruh.

Pusat servis Perodua di Cheras yang saya kunjungi itu melayan masalah kereta kesayangan saya sama rata dan setara dengan layanan bagus diberi oleh Perodua untuk Cik Tiva milik WapCar. Tiada bezanya.

Oleh itu, usah risau tentang kualiti servis dan layanan Perodua yang mengutamakan sesetengah jenis pelanggan. Berpengaruh atau tidak, layanannya sama saja.

Bila boleh ‘road trip’ jauh-jauh ni?

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 08

Itu saja kemaskini kami kali ini untuk Perodua Ativa WapCar. Masalahnya sudah dibetulkan buat kali kedua. Kami harap masalah sama takkan muncul semula.

Apa lagi yang WapCar nak buat untuk Cik Tiva? Baru-baru ini, kami berpeluang untuk membanding-bandingkan Perodua Ativa vs. Perodua Myvi bersebelahan antara satu sama lain.

Nak tahu apa hasilnya? Ikut kami rapat-rapat di Facebook WapCar – BM!

Penggunaan minyak/petrol Perodua Ativa kami setakat ini:

Bacaan meter FC (fuel consumption) Perodua Ativa
Bacaan odometer semasa isian semula Bacaan FC dalam kabin
20 km - -
421 km 13 km/l 7.69 l/100 km
740 km 12 km/l 8.33 l/100 km
1,032 km 14.8 km/l 6.76 l/100 km
1,453 km 13.2 km/l 7.57 l/100 km
1,750 km 11.9 km/l 8.40 l/100 km
1,976 km 12.5 km/l 8.00 l/100 km
2,200 km 12.6 km/l 7.94 l/100 km
2,577 km 12.8 km/l 7.81 l/100 km
2,826 km 9.6 km/l 10.41 l/100 km
3,217 km 14.1 km/l 7.09 l/100 km
3,490 km 13.1 km/l 7.63 l/100 km
3,873 km 13.4 km/l 7.46 l/100km
4,191 km 12.2 km/l 8.19 l/100 km
4,592 km 12.7 km/l 7.87 l/100 km
4,956 km 12.3 km/l 8.13 l/100 km
5,403 km 14.7 km/l 6.80 l/100km

Dapatkan lebih banyak artikel perkongsian pengalaman pemilik jangkamasa panjang kami di sini.

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai? 09

Baca juga:

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen!

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa - berapa lama tunggu dari tempahan hingga keluar kereta?

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan!

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya?

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda