window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Jangan gadai nyawa anda, ini 4 aksesori kereta yang bahaya!

Faisal · Jul 24, 2021 04:00 PM

Video: Jangan gadai nyawa anda, ini 4 aksesori kereta yang bahaya! 01

Aksesori kereta sememangnya cukup diminati oleh pengguna kerana ia nampak lebih cantik di mata pemilik. Malah, sesetengah daripadanya juga boleh menambah aspek praktikaliti. Tetapi betul ke?

Video: Jangan gadai nyawa anda, ini 4 aksesori kereta yang bahaya! 02

Karpet di kiri boleh menganggu pergerakan semulajadi buat pedal kaki. Karpet di gambar kanan jauh lebih selamat.

Kita ambil satu contoh. Menambah saiz asal seperti karpet yang lebih besar sememangnya boleh menampung habuk dan kotoran dari tapak kasut anda dengan lebih berkesan kerana ia meliputi bahagian yang lebih luas. Tetapi karpet sebegini juga boleh menghalang pedal brek untuk ditekan sepenuhnya. Tidak cukup dengan itu, ia juga boleh sangkutkan pedal minyak sewaktu anda menekannya. Bahaya tak bahaya kalau perkara sebegini berlaku?

Video: Jangan gadai nyawa anda, ini 4 aksesori kereta yang bahaya! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara contoh lain ialah penambahan pada klip pengikat tali pinggang. Ia sememangnya menyokong cara penggunaan kita, khususnya untuk orang yang bersaiz besar. Tetapi secara tidak langsung, aksesori seperti ini menganggu fungsi keselamatan yang telah dijuruterakan pada kereta anda. Kalau berlakunya insiden seperti brek kecemasan, klip tambahan ini mungkin tidak dapat menghalang badan anda daripada impak yang datang dari depan. Malah, ia boleh tercabut dengan begitu mudah.

@adrianchiaaa

Korang ada pasang ke? ##fypmalaysia ##carmalaysia ##cartips ##carsafety ##TikTokGuru

♬ Reality - Lost Frequencies

Video: Jangan gadai nyawa anda, ini 4 aksesori kereta yang bahaya! 01

Macam manalah beg udara penumpang nak fungsi kalau ada pelapik yang halang seperti ini? Kredit.

Begitu juga dengan aksesori kosmetik seperti pelapik atau penghias papan pemuka yang mana ia boleh menjejaskan fungsi beg udara untuk penumpang hadapan.

Video: Jangan gadai nyawa anda, ini 4 aksesori kereta yang bahaya! 02

Ini kalau beg udara meletup waktu impak kemalangan, kirim salam jela dekat muka yang cantik tu. Kredit.

Menambah pelekat berlian pada bahagian stereng juga merbahayakan kerana ia boleh terpelanting ke muka anda apabila beg udara diletupkan sewaktu kemalangan.

Jadi, elakkanlah daripada menambah aksesori tambahan seperti ini supaya nyawa anda tidak tergadai. Untuk pelbagai tips mengenai kereta anda, ikuti kami di TikTok WapCar.my.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda