window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Kurang ajar - lihat aksi pembuli jalanraya pandu Toyota Mark X, terkenal di Sarawak!

Mersita · May 30, 2022 02:00 PM

(Video) Kurang ajar - lihat aksi pembuli jalanraya pandu Toyota Mark X, terkenal di Sarawak! 01

Sepanjang pengalaman kita memandu di jalan raya, mungkin sekurang-kurangnya pernah terserempak sekali dua dengan pembuli jalanan. Tapi, pembuli jalan raya ‘viral’ baru-baru ini sememangnya antara yang paling teruk pernah kita lihat, dan keretanya cukup terkenal di Sarawak.

Aksi bahayanya kali ini berjaya dirakam oleh salah seorang mangsanya. Dalam video tular yang sudah dikongsi lebih 6,600 kali di Facebook itu, pemandu Toyota Mark X berwarna kelabu berkenaan dilihat sengaja memperlahankan kereta dan membrek tiba-tiba sebagai tanda protes terhadap pengguna jalan raya di sekelilingnya.

Menurut video tersebut, kelihatan sebuah Proton Exora berwarna perak mahu memotong keretanya, barangkali kerana sudah serik mengekorinya dari belakang dan mahukan laluan lebih selamat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebaliknya, pembuli berkenaan sengaja memperlahankan keretanya dan apabila kenderaan lain sedang memotong dan masih berada di laluan bertentangan, dia sengaja memecut laju supaya kereta itu putus asa dan kembali mengekorinya dari belakang. Kejadian ini dipercayai berlaku di Jalan Sarikei – Sibu.

Difahamkan, pemandu Mark X berkenaan cukup terkenal di Sarawak kerana ini bukanlah kali pertama kes serupa terjadi.

Terdahulu, kereta sama didapati membuli pengguna jalan raya lain dengan memberhentikan keretanya di tengah jalan dan mengundurkan keretanya apabila kenderaan mangsa mahu menukar lorong untuk meneruskan perjalanan. Pembuli itu juga dikatakan meminta wang setelah menyekat kenderaan mangsa.

(Video) Kurang ajar - lihat aksi pembuli jalanraya pandu Toyota Mark X, terkenal di Sarawak! 01

Pemeriksaan saman dilakukan orang awam juga menunjukkan sedan berkenaan mempunyai rekod 24 saman berjumlah RM 6,000.

Setakat waktu penulisan, belum dapat dipastikan samada pemandu dari neraka ini sudah dikenakan tindakan atau sebaliknya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda