window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Lagi kes penagih dadah libas sabit, kali ini ganggu lalulintas di Georgetown, Penang

Mersita ยท Sep 17, 2021 03:00 PM

(Video) Lagi kes penagih dadah libas sabit, kali ini ganggu lalulintas di Georgetown, Penang 01

Seorang lelaki hilang akal mengamuk dan mengganggu lalu lintas bersenjatakan dua bilah sabit di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, ACP Soffian bin Santong memberitahu pada 15 September lalu kira-kira jam 11 malam, pihaknya menerima maklumat dari orang awam tentang seorang lelaki menyebabkan huru-hara di Jalan Ketitir, Sungai Dua dengan menggunakan senjata tajam.

Susulan laporan diterima, pihak polis yang turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPPBM) Jalan Perak telah menemui seorang lelaki sedang memegang dua objek senjata tajam, katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Melihat kehadiran pihak berkuasa, suspek melarikan diri ke dalam hutan simpan rekreasi Universiti Sains Malaysia (USM) di Bukit Gambir. Operasi mencari suspek terpaksa dihentikan pada jam 2 pagi disebabkan keadaan gelap dan berisiko kepada pasukan keselamatan.

Pada pagi 16 September kira-kira jam 10 pagi, operasi memburu suspek diteruskan di dalam hutan rekreasi tersebut. Suspek yang berjaya dikesan di kawasan kabin tanaman milik USM diarah untuk menyerah diri, namun suspek mula bertindak agresif.

(Video) Lagi kes penagih dadah libas sabit, kali ini ganggu lalulintas di Georgetown, Penang 01

Suspek kemudiannya cuba lolos ke jalan utama iaitu Jalan Bukit Gambir dan bertindak menakut-nakutkan pengguna jalan raya serta penduduk kawasan perumahan berhampiran.

Rakaman orang awam ketika kejadian itu menunjukkan suspek melibas-libaskan senjatanya ke arah kenderaan yang lalu dan berjalan di tengah-tengah jalan raya. Suspek juga dilihat mengejar pegawai bomba dengan aksi ancaman sambil cuba menakutkan sesiapa yang cuba menghampirinya.

(Video) Lagi kes penagih dadah libas sabit, kali ini ganggu lalulintas di Georgetown, Penang 02

Walaubagaimanapun, suspek berjaya dicekup setelah lebih sejam dikejar iaitu kira-kira jam 11.40 pagi itu. Siasatan awal mendapati suspek berusia 53 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah jenis heroin. Suspek juga mempunyai 10 rekod jenayah lampau iaitu satu kes jenayah dan sembilan kes dadah.

Menurut Soffian, tiada sebarang kecederaan, kemalangan, mahupun harta benda awam atau persendirian yang dirosakkan dalam kejadian ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Senjata Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Suspek juga akan dirujuk ke hospital untuk menjalani rawatan dan penilaian tahap kesihatan mental.

Pada 8 September lalu, rakaman video seorang lelaki mengamuk sambil berdiri di atas kereta polis dan melibas-libaskan sabit dan parang di Gopeng, Perak mula tular di media sosial. Suspek dalam kes tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan heroin selain mempunyai 16 rekod lampau bagi kesalahan jenayah serta narkotik.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda