(Video) Lamborghini Gallardo sodok Perdana dan Swift di Jln Tun Razak, pemandu 'test power'?
Mersita ยท Sep 8, 2021 10:30 AM
0
0
[Dikemaskini] Sebuah Lamborghini Gallardo Superleggera terlibat dalam satu kemalangan bersama sebuah Proton Perdana dan sebuah Suzuki Swift di Jalan Tun Razak arah Utara pagi tadi, kira-kira jam 8.20 am.
Menurut gambar yang dimuatnaik ke media sosial, kemalangan tersebut menghadang kedua-dua lorong dimana Swift terlibat terbabas ke penghadang jalan di lorong kanan manakala Perdana mangsa terbalik dengan tayarnya ke atas di lorong kiri sehingga menyebabkan kesesakan 3 km pagi tadi.
Kemalangan berlaku kerana kereta mewah berkenaan dipandu pada kelajuan tinggi sehingga hilang kawalan.
Berdasarkan gambar rujukan, Lamborghini tersebut mempunyai kesan impak di bahagian hadapan sebelah kiri dan kanan. Manakala Swift dan Perdana mangsa dilihat terhumban dari lorong masing-masing.
Rakaman 'dashcam' di atas menunjukkan Lamborghini itu dipandu dengan terlalu laju dan 'mencilok' di sebelah kereta perakam, rapat dengan penghadang konkrit di sebelah kanan, sebelum merempuh kereta di hadapannya.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.