window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Lori terbalik di NKVE, pemandu disangka mengantuk rupanya positif dadah

Mersita · Sep 24, 2021 03:00 PM

(Video) Lori terbalik di NKVE, pemandu disangka mengantuk rupanya positif dadah 01

Satu rakaman tular menunjukkan sebuah lori dipandu secara merbahaya dan terhuyung-hayang sebelum terbalik dalam satu kejadian di KM 10.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke arah Subang pada pagi semalam sebenarnya melibatkan pemandunya yang didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun itu hilang kawalan kerana pemandunya terlelap dan lori tersebut hilang kawalan lalu terbabas. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah yang sama gagal mengelak dan terlanggar lori berkenaan (tiada dalam rakaman). Namun, lelaki berkenaan hanya cedera ringan," katanya.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan keatas pemandu lori itu didapati positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

(Video) Lori terbalik di NKVE, pemandu disangka mengantuk rupanya positif dadah 01

Ramsay memberitahu suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman atas kesalahan di bawah Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697 jika ada sebarang maklumat berkaitan kes ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda