window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video muzik baru BTS 'Yet To Come' tayang Hyundai Ioniq 5 dan Ioniq 6. Merecik!

Mersita · Sep 30, 2022 06:00 PM

Video muzik baru BTS 'Yet To Come' tayang Hyundai Ioniq 5 dan Ioniq 6. Merecik! 01

Raja K-Pop, BTS, baru-baru ini mengeluarkan video muzik terbarunya iaitu Hyundai X BTS Yet To Come (Hyundai Ver.), menampilkan model elektrik (EV) terbaru keluaran Hyundai iaitu Ioniq 5 dan Ioniq 6 sebagai ‘bintang utama’.

Video muzik ini merupakan hasil kolaborasi istimewa penyanyi berkumpulan popular itu bersama Hyundai dalam versi ‘rock remix’ Bahasa Inggeris dari lagu asal BTS ‘Yet to Come (the Most Beautiful Moment)’, seiring dengan sambutan FIFA World Cup 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam video muzik berkenaan terlihat beberapa babak menunjukkan Hyundai Ioniq 5 dan Ioniq 6 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi meluncur di jalan raya. Antara ‘cameo’ lain yang ditampilkan dalam video muzik berkenaan termasuklah Hyundai Motorstudio dan robot Hyundai x Boston Dynamics.

Video muzik baru BTS 'Yet To Come' tayang Hyundai Ioniq 5 dan Ioniq 6. Merecik! 01

Juga baca: Hyundai menerima 37,446 tempahan untuk Ioniq 6; Angka jualan prapesanan hari pertama tertinggi dalam sejarah

Kolaborasi antara BTS dan Hyundai juga dapat dilihat dalam beberapa video muzik dan promosi yang dikeluarkan sebelum ini.

Memetik laporan Asia One, kolaborasi ini adalah sebahagian daripada kempen kelestarian global ‘Goal of the Century’ oleh Hyundai - dimana syarikat pengeluar kereta Korea Selatan itu berusaha untuk mencapai matlamat bebas karbon menjelang 2045 pada setiap tahap pembuatan dan operasi syarikat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hyundai Motor Company, Jaehoon Chang, berkata menerusi kempen World Cup bersama BTS ini, syarikat itu berharap ini dapat menjadi peluang untuk semua di seluruh dunia bersatu menuju ke arah satu sasaran kelestarian sambil bersuka-ria.

Juga baca: Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor

EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Ioniq 5 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda