window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar

Khairil · Jan 20, 2021 02:02 PM

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 01

Salah satu muzium motosikal klasik terkemuka di Eropah, Top Mountain Crosspoint yang terletak di Austria terbabit dalam kebakaran besar yang memusnahkan lebih 200 buah motosikal klasik berharga.

Selain mempamerkan koleksi motosikal berharga - yang dikhuatiri musnah semuanya - lokasi muzium yang dibuka secara rasmi pada 2016 itu menjadikannya salah satu muzium paling istimewa di Eropah.

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 02

Sumber imej: Obergurgl / Hochgurgl / Gurgl

Terletak pada ketinggian 2,175 meter dari aras laut di Gunung Timmelsjoch (Passo Del Rombo) di sempadan Austria dan Itali, ia adalah muzium yang berada di altitud paling tinggi di benua berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jalan ke muzium berkenaan pula, Timmelsjoch High Alpine Road juga menghubungkan antara Tyrol Selatan dan Tyrol Utara di Itali dan menjadi lokasi pengembaraan pencinta motosikal di Eropah.

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 01

Sumber imej: Touge Tour

Seperti statusnya, muzium berkenaan yang dilaporkan terbakar pada jam 4.00 pagi (waktu tempatan), kelmarin turut menyimpan koleksi motosikal klasik paling besar dan berharga di Austria dan Eropah.

Ia menjadi kediaman kepada sekitar 230 buah motosikal klasik daripada lebih 100 pengeluar berbeza antaranya daripada Brough Superior, Vincent, Matchless, Sunbeam, Zündapp dan pelbagai lagi.

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 02

Selain itu, muzium yang mempunyai keluasan 3,000 meter persegi itu turut mempunyai kaitan dengan legenda motosikal Itali,  Giacomo ‘Ago’ Agostini yang merasmikan pembukaannya.

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 03

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 04

Selain mempamerkan motosikal klasik, ia turut mempunyai koleksi kereta klasik antaranya Aston Martin DB5, 1954 Messerschmitt KR175, 1964 Lotus 23B, 1988 Porsche 959, 1932 Alfa Romeo 8C 2300 Monza, pelbagai memorabilia dan restoran terkemuka.

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 05

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 06

Meskipun dengan tindakan pantas pasukan bomba tempatan, dikatakan hampir semua koleksi motosikal yang ada di muzium berkenaan musnah disambar api. 

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 07

Alban Scheiber, yang juga pemilik bersama muzium berkenaan bersama kembarnya, Attila dipetik dalam artikel Telegraph sebelum ini berkata:

"Saya dan abang saya sentiasa mencintai motosikal klasik. Apabila koleksi kami semakin banyak sekitar 20 ke 30 buah motosikal, kami berfikir untuk membina muzium kami sendiri. Ini adalah cara kami menjadikan impian sebagai kenyataan.

"Ia cukup strategik memandangkan ramai penunggang motosikal sejati datang ke sini untuk menunggang di Timmelsjoch High Alpine Road."

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 08

Menurut website muzium berkenaan, ia ketika ini ditutup kepada orang awam sejak 3 November tahun lalu berikutan Covid-19 dan dijadual dibuka semula pada 24 Januari ini.

Video: Muzium motosikal klasik di Eropah disambar api, lebih 200 koleksi bersejarah hangus terbakar 09

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.

Sumber imej, berita: autoblog

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda