window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Pasrah Honda Civic 1.5 RS 2022 baru digosok anak dengan penyapu, habis calar balar!

Mersita · Jul 27, 2022 03:00 PM

(Video) Pasrah Honda Civic 1.5 RS 2022 baru digosok anak dengan penyapu, habis calar balar! 01

Imaginasi kanak-kanak memang susah kita nak bendung. Mungkin dengan niat hendak membantu membasuh kereta, seorang kanak-kanak lelaki didapati menggosok kereta Honda Civic 1.5 RS 2022 baru keluarganya dengan penyapu dan hasilnya cukup ‘menyayat hati’.

Menurut satu rakaman dashcam yang tular di media sosial baru-baru ini, terlihat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang sibuk bermain kolam di anjung rumahnya tiba-tiba mengambil penyiram bunga berisi air dan menyiram hud hadapan Civic RS berkenaan.

(Video) Pasrah Honda Civic 1.5 RS 2022 baru digosok anak dengan penyapu, habis calar balar! 02

Dengan yakin dan gigih tolong 'basuh' kereta

Bila dah siram, takkan tak nak gosok pula, kan? Belum berpuas hati dengan ‘kerja pembersihannya’, kanak-kanak itu mengambil penyapu berwarna merah jambu lalu menggosok hud hadapan sedan berharga RM 150,700 itu dengan bersungguh-sungguh – memastikan tiada satu pun kotoran yang tinggal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakaman video mencuit hati namun menyeramkan itu diiringi dengan gambar hud hadapan kereta yang calar-balar dipercayai kesan daripada ‘cucian’ penyapu yang diterima. Rakaman dan gambar berkenaan, dipercayai dikongsikan oleh ibu kanak-kanak berkenaan, disertakan kapsyen, “There goes my 24 days old civic rs.. (Habislah Civic RS usia baru 24 hari aku).”

Rata-rata warganet tercuit hati melihat perkongsian yang telah menerima lebih 2.3k tanda suka dan 200 kongsian berkenaan. Ramai menganggap anak kecil itu hanya mahu membantu membersihkan kereta walau caranya salah dan ini akan menjadi pengajaran berguna buatnya. Ada juga warganet yang berseloroh, menceritakan jika ini berlaku padanya ketika kecil, dia dah lama “makan hanger”.

Kepada si ibu yang pasrah; buat sajalah ‘body paint’ baru, ya?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda