window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Pemandu Hilux sangkut rempuh Alza disyaki pengsan, sudah terbabas baru sedar

Mersita ยท Oct 28, 2021 03:00 PM

(Video) Pemandu Hilux sangkut rempuh Alza disyaki pengsan, sudah terbabas baru sedar 01

Seorang pemandu trak pikap Toyota Hilux dipercayai pengsan ketika memandu kerana tidak makan, lalu merempuh sebuah Perodua Alza dan seterusnya sebuah kedai dalam satu kemalangan di Taman Jenaris, Kajang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pemandu Hilux berusia 39 tahun itu sedang dalam perjalanan menuju ke Kajang dari arah sebuah pasar raya di Prima Saujana.

Katanya, lelaki itu pengsan semasa memandu dan Hilux dipandunya masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah Perodua Alza sebelum merempuh rumah kedai berhampiran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

(Video) Pemandu Hilux sangkut rempuh Alza disyaki pengsan, sudah terbabas baru sedar 01

Kredit gambar

Pemandu itu kemudiannya tersedar dan panik melihat dirinya terlibat dalam kemalangan.

Tambahnya lagi, pemandu Hilux dan pemandu Alza berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya kerosakan pada kenderaan. Ujian saringan air kencing mendapati pemandu Hilux berkenaan bebas dari pengaruh dadah dan dia juga didapati tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

Mohd Zaid berkata kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Rakaman kejadian berdurasi 1 minit 21 saat mula tular di media sosial yang menunjukkan Hilux berkenaan dipacu secara berterusan sambil tersekat di antara pembahagi jalan dan Alza terlibat. Kemudian, Hilux berkenaan meluru ke rumah kedai berhampiran setelah tayar hadapannya terlepas dari pembahagi jalan tersebut. Orang awam juga dilihat cuba membangunkan pemandu Hilux itu dengan mengetuk-ngetuk tingkap trak pikap tersebut.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda