window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Pemandu paling teruk, ambil lebih 1 minit untuk keluar dari tempat parkir yang mudah ini

Faisal ยท May 14, 2022 12:00 PM

Video: Pemandu paling teruk, ambil lebih 1 minit untuk keluar dari tempat parkir yang mudah ini 01

Tangkap layar. Kredit video: ViralHog.

Meletak kenderaan adalah antara bakat yang bukan datang secara tiba-tiba. Ia takkan ada secara semula jadi. Disebabkan itulah kita perlu belajar di sekolah memandu terlebih dahulu.

Jadi kalau sudah dapat lesen memandu, sepatutnya hampir semua jenis tempat parkir boleh anda uruskan.

Juga bacaParkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut?

Tetapi dalam klip video di atas ini, lain pula jadinya. Kalau anda perhati betul-betul, tempat parkir jenis senget begini cukup mudah untuk pemandu masuk atau keluarkan kenderaan mereka. Nak masuk, pusing sahaja roda stereng ke arah petak parkir. Nak keluar pula, hanya tengok dahulu cermin belakang sambil undur perlahan-lahan dan pulas stereng sampai kereta selari dengan arah jalan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video: Pemandu paling teruk, ambil lebih 1 minit untuk keluar dari tempat parkir yang mudah ini 01

Macam mana boleh sampai begini?

Dalam video ini, anda boleh lihat bahawa pemandu itu begitu sukar untuk keluarkan keretanya. Malah, langkah yang dia ambil pun boleh menggelengkan kepala orang yang melihat. Waktu dah boleh undur, dia pergi masuk pula dengan input stereng yang entah ke mana. Tengok-tengok, jadi lagi payah, seolah-olah macam tersekat di ruang yang tirus,

Juga bacaParkir undur boleh menyelamatkan anda daripada jadi mangsa rompakan – bagaimana?

Video: Pemandu paling teruk, ambil lebih 1 minit untuk keluar dari tempat parkir yang mudah ini 02

Apapun setelah berhempas-pulas bermati-matian selama lebih 1 minit, pemandu itu akhirnya dapat keluar dari petak parkirnya. Kerja yang sepatutnya ambil masa 10 saat tak pasal-pasal melarat sampai berminit.

Kalau anda ternampak situasi begini pula, apa yang anda akan buat?

Juga bacaMengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda