VIDEO: Pemandu Perodua Alza ini bakal buat anda geram!
Haris · Aug 4, 2020 02:00 PM
0
0
Tidak dinafikan, ramai pemandu jalan raya sekarang yang sangat biadap. Perbuatan menukar lorong secara tiba-tiba sememangnya sebuah perbuatan yang mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa.
Apatah lagi, bila orang lain yang biadap, orang lain yang menerima padahnya. Dalam hal ini, seorang penunggang motosikal bernasib malang apabila dilanggar motosikal lain selepas terlibat dalam kemalangan akibat orang lain!
Anda nilaikan sendiri gaya pemanduan Perodua Alza ini:
Dah tahu memandu dalam trafik yang sesak, Perodua Alza tersebut dengan biadapnya menukar lorong untuk memasuki lorong selekoh. Malang tidak berbau apabila penunggang motosikal tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Alza tersebut.
Bukan itu sahaja, perlanggaran tersebut telah menyebabkan penunggang motosikal itu dilanggar oleh motosikal lain yang datang dari arah belakang. Memang terasa ngilunya bila melihat penunggang motosikal tersebut dilanggar pada bahagian rusuk.
Nasib baik di zaman modenisasi ini, segala perbuatan samseng jalanan sempat dirakam. Kami berharap agar Perodua Alza tersebut menerima hukuman yang setimpal. Kereta dan motosikal boleh ditukar ganti, tulang mana nak cari?!
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.