window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Pemandu Perodua Myvi 'main brek' buli pengguna lain, siap bawa senjata!

Mersita ยท Jul 6, 2022 06:00 PM

(Video) Pemandu Perodua Myvi 'main brek' buli pengguna lain, siap bawa senjata! 01

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang pemandu Perodua Myvi putih dengan nombor pendaftaran WQX 6397 yang didakwa membuli pengguna jalan raya lain selain memandu kenderaan secara berbahaya.

Satu rakaman video berdurasi 14 saat mula tular di media sosial, menunjukkan Myvi putih itu yang membuat pusingan U secara haram dan berbahaya. Kemudian, Myvi berkenaan dilihat dipandu sesuka hati di laluan sehala untuk menunjukkan lagaknya terhadap pemandu kereta yang merakam kejadian tersebut dengan dashcam.

Tak cukup dengan itu, suspek terus-terusan membuli dengan menekan brek secara sengaja beberapa kali sebelum berhenti sepenuhnya dan keluar dari kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Video: Berang disaman, pemandu jentolak terbalikkan Toyota Fortuner kegunaan JPJ!

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) turut menyatakan yang suspek dilihat sedang memegang senjata apabila keluar dari keretanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed, memberitahu Utusan Malaysia bahawa polis telah memulakan pencarian keatas suspek setelah menerima satu laporan polis berhubung kejadian.

(Video) Pemandu Perodua Myvi 'main brek' buli pengguna lain, siap bawa senjata! 01

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya.

Pihak polis juga menggesa saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat berhubung kes dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Mohd Shaifuddin Mohd Nor, di talian 017-664 5812 ataupun kepada IPD Gombak di talian 03-6126 2222.

Juga baca: Video: Toyota Hilux potong 'double line' di Janda baik lepas itu salahkan lori, PDRM kini sedang cari

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda