window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Pemilik Tesla juga bergaduh rebut ‘charger’, dakwa orang lain potong barisan!

Haris · Oct 15, 2021 04:00 PM

Video: Pemilik Tesla juga bergaduh rebut ‘charger’, dakwa orang lain potong barisan! 01

Kenderaan elektrik semakin memperlihatkan kekurangan terbesarnya iaitu waktu pengecasan yang panjang. Terbaru, pemilik Tesla pula dilihat bergaduh pengecas di sebuah stesen ‘supercharger’ Tesla dipercayai di sebuah bandar di California, AS.

Akhbar Daily Mail telah memuat naik satu insiden di mana 2 pemilik Tesla bersama penumpang masing-masing bergaduh antara satu sama lain akibat berebut pengecas. Kedua-dua pemilik Tesla berkenaan saling menuduh antara satu sama lain sehingga berlakunya kejadian bertikam lidah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tesla Supercharger adalah stesen pengecasan pantas untuk kenderaan Tesla yang didakwa mampu mengecas pantas selama 15 minit untuk mencapai jarak 200 batu (322 km).

Kehadiran stesen Tesla Supercharger juga nampaknya tidak banyak membantu kebanjiran kenderaan elektrik Tesla yang semakin banyak di Amerika Syarikat.

Baca: Tony Fernandes ‘show off’ Tesla model Y baharu, komen penuh minta duit ‘refund’ AirAsia!

Video: Pemilik Tesla juga bergaduh rebut ‘charger’, dakwa orang lain potong barisan! 01

Pergaduhan terhadap pengecas sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini, pemilik kenderaan elektrik (EV) di China juga mengalami masalah yang sama. Malah, pemilik kenderaan elektrik di sana juga terpaksa menyuruh keluarga masing-masing untuk duduk di tepi jalan dalam keadaan trafik sesak kerana penyaman udara ditutup untuk menyimpan tenaga bateri.

Baca: Pemilik EV berebut 'charger', 'aircond' terpaksa 'off' - pengguna EV di China mengeluh ketika musim perayaan!

Video: Pemilik Tesla juga bergaduh rebut ‘charger’, dakwa orang lain potong barisan! 02

Tangkap layar video pergaduhan

Siapa yang tak marah jika penat-penat menunggu giliran, akhirnya ada individu yang memotong barisan? Ditambah dengan waktu pengecasan yang panjang, bara kemarahan mungkin berubah menjadi api apabila berlaku perkara yang sama terhadap kita.

Kenderaan Elektrik disebut-sebut sebagai penyelesaian terhadap masalah pengeluaran karbon namun waktu pengecasan yang lama membuatkannya kurang menarik untuk dibeli. Pada harga melebihi RM 450k, berbaloikah masa anda untuk menunggu kereta lain habis cas?

Baca: Carsome menawarkan Tesla Model 3 Performance baru di Malaysia - RM 458k, siap waranti!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda