Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’?

Mersita · May 30, 2021 06:00 PM

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 01

Lama sebelum Perodua Ativa yang dahulunya digelar D55L dilancarkan, ramai antara kita mula membuat kira-kira samada nak tunggu Ativa ataupun ‘angkat’ Perodua Myvi saja.

Walau sehingga kini, ada yang masih mempertimbangkan antara Ativa dan Myvi kerana kedua-duanya dijual pada harga yang menarik sebagai kereta kompak buat keluarga.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 02

Kedua-duanya mempunyai saiz yang lebih kurang sama, dan pastinya Ativa lebih tinggi dengan tayar lebih besar.

Oleh itu, entri kali ini akan membincangkan perbezaan antara Perodua Myvi serba baharu dan Perodua Ativa dari pelbagai aspek seperti harga, kos penjagaan, keluasan kabin, kemudahan, prestasi, dan macam-macam lagi.

Harga – Myvi kekal sebagai pilihan kereta bajet

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 01

Perbandingan harga antara varian
  Perodua Ativa Perodua Myvi
G (Auto) - RM 43,029
X RM 61,500 RM 46,959 *
H RM 66,600 RM 50,530
AV RM 72,000 * RM 52,697

* Ativa AV dengan kemasan cat dwi-tona, Myvi X dengan kelengkapan ASA 2.0

Walau Ativa paling murah ternyata lebih mahal harganya daripada Perodua Myvi spesifikasi paling tinggi dengan perbezaan harga sekitar RM 9,000. Walaupun ia masih dari keluarga Perodua, Ativa tampil sebagai kereta kompak yang lebih premium.

Berikut ialah huraian bayaran/komitmen bulanan bagi Ativa vs. Myvi – bayaran pendahuluan 10%, kadar bunga tahunan 2.7%, tempoh pinjaman 9 tahun:

Perbandingan bayaran bulanan
  Perodua Ativa Perodua Myvi
G (Auto) - RM 446
X RM 637 RM 486 *
H RM 755 RM 523
AV RM 816 RM 546

* dengan ASA 2.0

Ativa spesifikasi paling asas/rendah mempunyai bayaran bulanan RM 90 lebih tinggi daripada Perodua Myvi AV. Bagi varian spesifikasi tinggi, Ativa AV adalah RM 270 lebih tinggi bayaran bulanannya berbanding Myvi AV.

Persoalannya, berbaloikah Ativa untuk komitmen bulanan ekstra ini? Rakan kami, Adrian, akan jelaskan pada anda melalui video di bawah:

Prestasi – Myvi untuk kuasa, Ativa untuk tork

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 02

Kami dah ceritakan dahulu dan kami akan beritahu anda sekali lagi – CVT Ativa memang ‘smooth’ atau lancar.

Walau bagaimanapun, adakah enjin turbo 1.0 liter Ativa lebih berkuasa daripada enjin lama 1.5 liter beraspirasi natural (NA) di dalam Myvi?

Maklumat Prestasi
  Perodua Ativa 1.0 T AV Perodua Myvi 1.5L AV
Enjin 1.0L Turbo 3 silinder 1.5L 4 silinder NA
Transmisi Automatik CVT Automatik 4 kelajuan
Max. Kuasa 98 PS @ 6,000 rpm 103 PS @ 6,000 rpm
Max. Tork 140 Nm @ 2,100-4,000 rpm 137 PS @ 4,200 rpm
Berat Bersih 1,035 kg 1,015 kg
0-100 km/h 13.2 saat (diuji) 11.5 saat (iklan)

Nampak gayanya, jawapannya ialah tidak. Puncak kuasa Ativa hanyalah 98 PS, lebih rendah daripada Myvi iaitu 103 PS.

Namun, Ativa menang dari segi tork maksima iaitu 3 Nm lebih tinggi daripada Myvi.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 03

Angka dari kilang ini memberikan tanggapan yang Myvi akan mengalahkan Ativa dalam ujian masa pecutan 0 – 100 km/jam.

Malangnya, kali ini kami belum dapat memberikan anda keputusan masa pecutan 0 – 100 km/jam Ativa vs. Myvi kerana Myvi yang kami perolehi kali ini masih lagi kereta baru; dipinjamkan kepada kami oleh saudara terdekat.

Kami akan dapatkan kereta media untuk pecutan ini nanti, ya?

Penggunaan minyak – mana satu lebih jimat?

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 04

Walaupun kami belum menjalankan ujian penggunaan minyak yang standard keatas Perodua Myvi baharu ini, bacaan meter penggunaan bahan apinya (odometer 4,725 km – belum pernah di’reset’) menunjukkan angka 8.3 liter/100 km.

Ini bukanlah angka tepat mengikut standard ujian kami, namun ia masih boleh dijadikan anggaran kasar.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 05

Meter FC (fuel consumption) kereta Myvi ini belum pernah ‘reset’ sejak ia dipandu keluar dari bilik pameran

Meter penggunaan minyak pada Ativa kami merekodkan bacaan purata 7.5 liter/100 km.

Nampak gayanya Myvi lebih ‘makan minyak’ berbanding Ativa. Walau bagaimanapun, nantikan ujian standard WapCar yang akan datang bagi mengesahkan angka ini.

Pengalaman pemanduan – Ativa lebih diperhalusi

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 06

Ruang dalaman Perodua Myvi

Myvi terasa sedikit lapuk dengan kotak gear automatik 4 kelajuannya. Ia juga terasa kurang diperhalusi jika dibandingkan dengan Ativa.

Nampak gayanya dengan Ativa, Perodua telah berjaya menghasilkan kereta yang lebih selesa dan lancar pemanduannya serta lebih premium bagi rakyat marhaen.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 07

Ruang dalaman Perodua Ativa

Hanya satu kekurangan yang kami kesan pada Ativa – ‘suspension’-nya terasa terapung. Jika dipandu di atas jalan raya yang bergelombang, Ativa terasa seperti melayang-layang.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 08

Bagaimana pula prestasi Myvi dan Ativa sebagai kereta bandar?

Sebagai kereta bandar, kedua-duanya cukup mudah untuk dipandu. Sudut dan ruang pandangan bagi Ativa lebih baik daripada Myvi kerana ia lebih tinggi. Perbezaan Myvi dan Ativa dari segi saiz lebih kurang sama, cuma Ativa badannya lebih besar sedikit.

Perbandingan dimensi luaran
  Perodua Ativa AV Perodua Myvi AV
Panjang 4,065 mm 3,895 mm
Lebar 1,710 mm 1,735 mm
Tinggi 1,635 mm 1,515 mm
Jarak Roda 2,525 mm 2,500 mm
Ketinggian bawah kereta 200 mm not specified
Radius pusingan minima 5.1 m 5.1 m

Lebih menarik ialah kedua-dua kereta ini mempunyai radius pusingan minima yang sama iaitu 5.1 meter walau saiz tayar Ativa ialah 17 inci manakala Myvi 15 inci.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 09

Kedua-duanya ialah kenderaan segmen B, membuatkannya mudah untuk diparkir.

Kabin dan praktikaliti – Masing-masing ada kelebihan tersendiri

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 10

Myvi perlukan sokongan tempat duduk yang lebih baik

Kita mulakan dengan tempat duduknya. Perodua Myvi perlukan beberapa peningkatan. Ia tiada sokongan sisi serta sokongan peha bagi tempat duduk hadapan.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 11

Tahap ergonomik juga boleh dipertingkatkan lagi dengan pelaras stereng jenis teleskopik. Namun, kerusi Ativa ialah satu peningkatan bagi kereta Perodua

Ativa tampil juara bagi aspek ini, ditambah lagi dengan kemasan merah pada tempat duduknya. Kami cuma berharap yang Ativa akan dilengkapi dengan pelaras stereng teleskopik satu hari nanti.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 12

‘Armrest’ dengan ruang simpanan serta pemegang cawan di hadapan saluran penghawa dingin pada Ativa

Aspek kedua ialah praktikaliti atau kemudahan. Agak sukar bagi kami untuk tentukan pemenangnya kerana kedua-dua kereta ini dilengkapi dengan kemudahan tersendiri.

Ativa menawarkan ‘armrest’ lengkap dengan ruang simpanan serta pemegang cawan berhampiran salur penghawa dinginnya. Namun, Ativa tidak dilengkapi dengan penyangkut beg seperti yang ada pada Myvi.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 13

Cangkuk anti-ragut dan penyangkut beg plastik pada Perodua Myvi

Selain dari itu, Ativa tidak dilengkapi dengan pembaca Smart Tag bina-dalam. Ia menjadi satu kekurangan ketara memandangkan ia sudah didatangkan dengan pelbagai kelengkapan lain.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 14

Pembaca Smart Tag bina-dalam yang ada pada Myvi. Sayangnya Ativa tiada kelengkapan ini

Dari segi ruang kabin pula, Myvi rupa-rupanya mempunyai ruang kaki lebih luas bagi penumpang duduk di belakang.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 15

Tempat duduk barisan kedua Myvi​​​​​​

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 16

Tempat duduk barisan kedua Ativa

Walaupun nampak besar dari luar, penumpang yang duduk di belakang mungkin lebih selesa di dalam Myvi. Namun, sekurang-kurangnya di hadapan Ativa terasa lebih luas daripada Myvi.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 17

Myvi punyai ruang kaki lebih luas di belakang

Dari segi ruang but pula, Ativa lebih besar kapasitinya berbanding Myvi dengan ruang but 369 liter. Kapasiti but Myvi pula hanya 277 liter.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 18

Kedua-dua kereta ini mempunyai konfigurasi tempat duduk belakang boleh lipat 60:40 dan juga menawarkan tayar ganti bersaiz penuh lengkap dengan rim aloi.

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 19

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 20

Jika difikirkan, konfigurasi 60:40 Myvi lebih baik kerana dua penumpang boleh duduk di belakang jika muatan panjang

Aspek keselamatan – Ativa menang

Kami bandingkan dengan ringkas kelengkapan keselamatan yang ada di dalam Ativa dan Myvi. Ativa ada ASA 3.0, Myvi ada ASA 2.0.

Kelengkapan Keselamatan
  Perodua Ativa AV Perodua Myvi AV
ABS
HSA
VSC
Beg Udara 6 6
ASA ASA 3.0 ASA 2.0
ACC
LKC
BSM
RCTA
Adaptive Driving Beam

Kos penjagaan & penyelenggaraan – Agak sama

Dengan jarak tempuh/’mileage’ lebih daripada 100,000 km, kos penjagaan/‘maintenance’ Ativa lebih tinggi daripada Myvi jika anda kecualikan ProCare.

Kos Penjagaan/Penyelenggaraan **
  Perodua Ativa 1.0T AV Perodua Myvi 1.5 AV
10,000 km RM 160.50 RM 177.70
20,000 km RM 259.30 RM 213.32
30,000 km RM 202.79 RM 268.77
40,000 km RM 423.12 RM 539.46
50,000 km RM 202.79 RM 213.32
60,000 km RM 259.30 RM 268.77
70,000 km RM 202.79 RM 213.32
80,000 km RM 423.12 RM 539.46
90,000 km RM 202.79 RM 268.77
100,000 km RM 841.40 RM 460.43
TOTAL RM 3,177.90 RM 3,163.32 *

* Kos penjagaan Myvi disenaraikan tanpa ProCare. Kos penjagaan keseluruhan bagi Myvi dengan ProCare ialah sehingga RM 4,045.42.

** Harga yang disenaraikan adalah setakat Mei 2021.

Kami belum tahu kos penjagaan Ativa dengan ProCare kerana ia belum dinyatakan di dalam laman sesawang Perodua.

Item-item di bawah ProCare merangkumi palam pencucuh/’spark plugs’, ‘alignment’ & ‘balancing’, servis penghawa dingin, cecair brek, dan lain-lain.;

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 21

Item-item ini disenaraikan sebagai item servis pilihan di laman sesawang Perodua. Semua model-model Perodua (kecuali Ativa) mempunyai item ProCare pilihan di laman sesawang mereka.

Kesimpulan

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 22

Ini saja perbandingan cukup ringkas dan padat bagi Ativa dan Myvi. Kedua-duanya ialah pilihan yang hebat bagi kereta bandar dan juga mudah untuk dipandu.

Kelebihan paling besar bagi Myvi ialah harganya. Ia lebih murah dan pastinya menjadi pilihan pertama bagi mereka yang tak mahu pening-pening kepala atau berbelanja lebih di kemudian hari.

Kami akui yang Myvi terasa seperti model lama yang dah agak lapuk, namun ia ada kelebihan yang patut anda pertimbangkan. Secara peribadi, saya memilih Ativa hanya kerana ia dilengkapi dengan teknologi lebih moden.

Mana satu kereta pilihan anda? Beritahu kami di ruangan komen Facebook WapCar – BM!

Purata penggunaan petrol (FC) kami bagi Perodua Ativa setakat ini:

Bacaan meter FC Perodua Ativa
Bacaan odometer ketika isian semula Bacaan FC dalam kabin
20 km - -
421 km 13 km/l 7.69 l/100 km
740 km 12 km/l 8.33 l/100 km
1,032 km 14.8 km/l 6.76 l/100 km
1,453 km 13.2 km/l 7.57 l/100 km
1,750 km 11.9 km/l 8.40 l/100 km
1,976 km 12.5 km/l 8.00 l/100 km
2,200 km 12.6 km/l 7.94 l/100 km
2,577 km 12.8 km/l 7.81 l/100 km
2,826 km 9.6 km/l 10.41 l/100 km
3,217 km 14.1 km/l 7.09 l/100 km
3,490 km 13.1 km/l 7.63 l/100 km
3,873 km 13.4 km/l 7.46 l/100km
4,191 km 12.2 km/l 8.19 l/100 km
4,592 km 12.7 km/l 7.87 l/100 km
4,956 km 12.3 km/l 8.13 l/100 km
5,403 km 14.7 km/l 6.80 l/100km

Dapatkan lebih banyak artikel perkongsian pengalaman pemilikan sebenar Perodua Ativa di sini!

Video: Perbezaan menyeluruh Perodua Ativa vs. Myvi. Mana satu ‘King’? 23

Baca juga:

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen!

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa - berapa lama tunggu dari tempahan hingga keluar kereta?

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan!

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya?

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya

Video: Isu bunyi getaran Perodua Ativa dibaiki sekali lagi. Punca masih sama, masalah selesai?

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru