window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Perodua Ativa vs Nissan Almera Turbo vs Proton Iriz ‘drag race’ di KLIA! Siapa menang?

Zamil Syaheer · Sep 26, 2021 06:00 PM

Video: Perodua Ativa vs Nissan Almera Turbo vs Proton Iriz ‘drag race’ di KLIA! Siapa menang?

Bukan setiap hari anda dapat melihat landasan yang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kosong, kesan daripada pandemik Covid-19.

Rakan-rakan kami di AutoBuzz.my, GC Mah (bekas bos Adrian) berjaya mendapatkan salah satu landasan untuk Drag Series mereka yang sedang berlangsung di YouTube.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika mereka membuat panggilan untuk menampilkan Perodua Ativa ‘Cik Tiva’ milik kami dalam salah satu siri perlumbaan tersebut, kami terus ‘melompat’ tanda setuju. Lagipun, ini mungkin adalah peluang sekali seumur hidup untuk ‘lenjan’ di landasan KLIA.

Video: Perodua Ativa vs Nissan Almera Turbo vs Proton Iriz ‘drag race’ di KLIA! Siapa menang? 01

Dalam episod Drag Series ke-4, mereka meletakkan Perodua Ativa menentang Nissan Almera Turbo dan Proton Iriz 2019 (bukan Proton Iriz 2022 yang baru dilancarkan). 3 CVT, 2 Turbo, 1 NA, tetapi hanya ada 1 pemenang.

Berikut adalah beberapa spesifikasi utama trio ini:

Fakta dan Angka
  Perodua Ativa 1.0T Nissan Almera 1.0T Proton Iriz 1.6L
Enjin 1.0-liter 3-silinder turbo 1.6-liter 4-silinder N/A
Transmisi Automatik CVT
Kuasa 98 PS @ 6,000 rpm 100 PS @ 5,000 rpm 109 PS @ 5,750 rpm
Tork 140 Nm @ 2,400 - 4,000 rpm 152 Nm @ 2,400 – 4,000 rpm 150 Nm @ 4,000 rpm
Berat 1,035 kg 1,114 kg 1,178 kg
Kuasa-ke-berat 94 PS/ton 89 PS/ton 92 PS/ton
0 - 100 km/j (Ujian WapCar) 13.2 saat 12.4 saat 11.6 saat

Video: Perodua Ativa vs Nissan Almera Turbo vs Proton Iriz ‘drag race’ di KLIA! Siapa menang? 02

Untuk mengurangkan ralat pemandu, AutoBuzz.my meminta agar para pemandu tidak menggantung RPM di garisan permulaan.

Lepas sahaja dari garisan permulaan, Iriz, dengan enjin aspirasi natural terus mara ke depan, manakala Almera dan Ativa dengan enjin berpengencas turbo terpaksa menunggu boost naik sebelum dapat membina kelajuan. Sepanjang pecutan 400 meter, Ativa dan Almera bersaing dengan begitu rapat, sementara Iriz dengan selesanya mendahului dari awal hingga akhir.

Video: Perodua Ativa vs Nissan Almera Turbo vs Proton Iriz ‘drag race’ di KLIA! Siapa menang? 03

Sebelum tiba di garis penamat, Almera melepasi Ativa kerana reka bentuk Nissan yang aerodinamik (‘drag coefficient’ sebanyak 0.28).

Walaupun Ativa mempunyai nisbah kuasa-ke-berat terbaik di antara ketiga-tiga mereka, ia tetap berada di posisi terakhir. Ini disebabkan oleh kekangan aerodinamik SUV serta enjin turbo berkapasiti kecil yang tidak ditala untuk prestasi. Suhu persekitaran juga berperanan dalam penyampaian kuasa yang kurang cekap.

Keputusan
  Perodua Ativa 1.0T Nissan Almera 1.0T Proton Iriz 1.6L
Masa 0-400m 19.27 saat 19.07 saat 18.5 saat
Kelajuan maksima @ 400m 119 km/h 120 km/h 122 km/h

Perlumbaan drag ini membuktikan bahawa statistik atau nombor di broshur/kertas bukanlah segalanya.

Secara keseluruhan, kami masih suka Perodua Ativa kami. Terima kasih kepada AutoBuzz.my, yang penting lepas ini tiada pertikaian mana satu kereta yang akan menang ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda