window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Perodua Bezza langgar lari, tuduh pemandu Axia masuk lorong kiri dari kanan

Mersita · Dec 2, 2021 01:00 PM

(Video) Perodua Bezza langgar lari, tuduh pemandu Axia masuk lorong kiri dari kanan 01

Seorang pemandu Perodua Axia trauma apabila kereta dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Perodua Bezza yang kemudiannya memecut lari dari tempat kejadian. Lebih mengejutkan, apabila dihubungi polis, pemandu Bezza berkenaan berdolak-dalih dan mengatakan kejadian berlaku disebabkan salah pemandu Axia masuk ke lorong kiri dari lorong kanan, walaupun ada rakaman dashcam sebagai bukti.

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur pada Selasa (30 Nov) kira-kira jam 11.12 pagi.

@chelladean Korang nilai la sendiri 🤣🤣 #endofnovember #byenovember #goodbyenovemberhellodecember #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ 1,2,3,4 (One, Two, Three, Four) - Fun Elektro Mix - Funbeat

Rakaman kejadian tersebut dimuatnaik di TikTok chelladean dan mula tular, mengundang pelbagai reaksi dari warganet. Difahamkan, mangsa iaitu pemandu Axia berkenaan ialah adik kepada pengguna TikTok tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rata-rata berpendapat bahawa menurut rakaman dashcam kejadian, Bezza biru berkenaan ternyata bersalah kerana menyondol Axia dari arah belakang dan tiada pergerakan mengejut dilakukan oleh pemandu Axia berkenaan sebelum perlanggaran berlaku.

@chelladean Reply to @tuan.k_official part 3 case closed. #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #staysafeeveryone ♬ Belum Siap Kehilangan - Stevan Pasaribu

“Alhamdulillah adik pandai control (kawal) kereta bila kena langgar tu. Yang penting, adik dan kawan dia selamat,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan. Rakaman dashcam itu juga menunjukkan Axia dipandu mangsa bergerak pada kelajuan tidak lebih 85km/jam sebelum dan semasa insiden berlaku.

@chelladean JB-KL 30/11/2021 Polis call siap tak mengaku. Sabar japp. Asalkan adik selamat. #fyp #langgarlari #donereporting👮 ♬ Oh No - Kreepa

Menurut muatnaik olehnya juga, difahamkan kedua-dua pihak sudahpun membuat laporan polis berhubung insiden ini. Katanya, polis memberitahu dalam siasatan mereka, pemandu Bezza yang bersalah dan telah dikeluarkan saman keatasnya. Pemeriksaan saman secara SMS keatas nombor pendaftaran Bezza itu juga menunjukkan ada dua saman berjumlah RM 600.

(Video) Perodua Bezza langgar lari, tuduh pemandu Axia masuk lorong kiri dari kanan 01

Axia terlibat dilihat remuk di sekitar bampar belakang sebelah kanan kereta dan ekzosnya juga dilihat teralih dari posisi asalnya, selain daripada ‘tailgate’ yang kemek separuh. Manakala Bezza berkenaan remuk teruk di bahagian hadapan sebelah kiri dengan lampu hadapan pecah sepenuhnya, penutup hud kemek, dan bampar pecah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda